Hiburan By: SGMS Enal May 10, 2019 @ 1:18am

‘Luang Masa Selagi Masih Ada’- Adira Terkilan Hajat Arwah Bapa Tidak Kesampaian

Penyanyi Adira mengaku sedikit terkilan rancangan awal membawa dua anaknya beraya dengan bapa tercinta tidak kesampaian.

Kata Adira ketika ditemui di majlis pelancaran tudung Hermanas X Adira di The Curve baru-baru ini, meskipun sedih dengan pemergian bapanya dia mula reda.

“ Walaupun saya jarang berjumpa aya kerana dia tinggal di Johor Bahru dan saya di Kuala Lumpur, kasih sayang saya terhadapnya tetap utuh.

“ Arwah pernah memberitahu mahu bertemu dengan cucunya tetapi tidak kesampaian. Itu yang membuatkan saya sedih sampai sekarang,” kata Adira yang reda dengan pemergian bapa tersayang.

Menurut Adira, ibu-bapanya sudah bercerai sebelum dia dilahirkan lagi dan Adira berada di bawah jagaan ibunya.

Tambah pelantun Pujaan Hati ini, dia turut berpesan agar sentiasa menghargai keluarga sementara mereka masih hidup.

“ Kepada sesiapa yang masih ada bapa, gunakan kesempatan yang ada untuk luangkan masa bersama mereka.

“ Kita tidak tahu sampai bila mereka dipinjamkan. Hargai mereka sementara ada,” katanya dalam nada sebak.

Bapa Adira iaitu Suhaimi Rajiman meninggal dunia akibat kegagalan beberapa organ dalaman di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru pada 21 Mac lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 10 Jan 2018

LAWAK DOUBLE MEANING, DEPENDS! – SHUK

Bagi Shuk, apa yang cuba diketengahkan untuk persembahannya pada kali ini ialah lawak yang straight forward. Dan, beliau akan lebih sensitif terhadap isu lawak double meaning yang dianggap sebagai trademarknya itu.

Featured Thu, 19 May 2022

Taylor Swift Kini Bergelar Doktor, Terima Ijazah Kehormat Dari NYU

“I’m now… on paper at least, a doctor!” – Taylor Swift

Hiburan Thu, 17 May 2018

Netizen Tak Suka Kalau Syed Saddiq Ada Apa-Apa Dengan Neelofa?

Syed Saddiq Ada Apa-Apa Dengan Neelofa ke .. ???

Hiburan Fri, 21 Sep 2018

Gambar Kemalangan Tular, Isteri Saleem Sahkan Kejadian Adalah Benar!

Keadaan Saleem stabil dan tidaklah seteruk yang diberitahu. Doakan agar Saleem segera sembuh dan saya anggap kejadian yang berlaku ini adalah ujian Allah SWT.

Cahaya Mata Fri, 4 Nov 2022

Comel! Nyanyian ‘Bukan Aisyah Bukan Siti Khodijah’ Si Cilik Ini Raih Perhatian, Siap Ada Slang Lagi!

Aksi seorang kanak-kanak perempuan mendendangkan lagu berjudul Bukan Aisyah Bukan Siti Khodijah tular di media sosial. Seorang warganet yang dikenali sebagai Firdaus Mokhtar berkongsi nyanyian anaknya, Ameenah dan ia mendapat perhatian ramai kerana kecomelan yang

Hiburan Wed, 26 Dec 2018

Sebak Lawat Awie, Pendakwah Terkenal Mohon Netizen Terus Berdoa

Ustaz Ebit Lew memuji sifat Dato Awie yang dikatakan sebagai seorang yang lembut hatinya. Semoga terus sihat, Insya Allah…

Featured Tue, 25 Oct 2022

“Kau Tak Tahu Nikmat Bercium Tu…” – Gelagat Ibu ‘Bibir Shaming’ Anak Sendiri Buat Netizen Pecah Perut

Seorang pemuda bernama Azhan Mohd Jafri mengundang tawa warganet dengan gelagatnya bersama ibu tular menerusi sebuah video di TikTok. Video berdurasi 18 saat yang tular di TikTok memperlihatkan dirinya sedang menerima kutukan (body shaming) daripada

Hiburan Wed, 25 Apr 2018

Bakal Bergelar Ibu, Tahniah Ummi Nazeera!

“ Ya, saya hamil empat bulan satu minggu,” kata Ummi di Majlis Pelantikannya sebagai Duta Adavecosmetics di Suka Sucre Bistro, sebentar tadi.

Featured Wed, 20 Jul 2022

Siti Nuramira Tidak Didakwa Di Mahkamah Syariah, Dibebaskan Serta Merta Dengan Jaminan JAWI

Difahamkan pendakwaan tidak diteruskan kerana pendakwaan dan hukuman ke atas Siti Nuramira di mahkamah sivil lebih berat daripada di mahkamah syariah.

| Live TV

error: Content is protected !!