Featured By: Atiqah Johari April 29, 2022 @ 1:43pm

“Luck Saya Belum Sampai Lagi…” – Wani Syaz Kecil Hati Sering Dibandingkan Dengan Wany Hasrita

Pelantun lagu Pendusta Cinta, Wani Syaz akui kadangkala berasa kecil hati dengan peminat kerana sering membandingkan perjalanan kariernya sebagai penyanyi dengan Wany Hasrita.

Wani atau nama sebenarnya Nursyazwani Selamat, 25, sedia maklum bahawa rakan yang berada di bawah pengurusan yang sama dengannya lebih menyerlah dan ke hadapan jika nak dibandingkan dengan dirinya walaupun kerjayanya sebagai penyanyi bermula lebih awal dalam industri.

“Memanglah ada sedikit rasa kecil hati apabila orang membandingkan perjalanan kerjaya saya dengan Wany Hasrita dan itu membuatkan saya sentiasa berfikir untuk keluar dengan lagu terbaik supaya peminat boleh nampak diri saya.

“Jika orang terus nak bandingkan kami berdua, saya tidak boleh berbuat apa. Kami berbeza dan dia ada cara nyanyian tersendiri. Memang luck saya belum sampai lagi untuk lebih dikenali,” luahnya kepada mStar.

Wani membuat kemunculan lagu baru pada Januari lepas yang berjudul Sang Purnama. Lagu tersebut merupakan lagu duet bersama Wany Hasrita.

Menurut Wani, kemunculan lagu duet ini membuatkan para peminat mula menyedari perbezaan antara mereka.

Terdahulu, penyanyi muda ini menggunakan Wani sebagai nama pentasnya dan mengambil keputusan untuk menukar nama pentasnya kepada Wani Syaz pada tahun 2018. Tambahan, dia memberitahu bahawa pertukaran nama pentas ini membantu dirinya lebih dikenali dalam kalangan peminat.

“Selepas rebrand semula nama sendiri, barulah orang mula nampak dan kenal siapa saya.

“Menerusi lagu duet juga, peminat dapat membezakan antara kami berdua. Bagaimanapun, sehingga hari ini masih ada yang keliru lagi.” katanya kepada mStar.

Seperti penyanyi lain, Wani juga menceburi bidang perniagaan kerana menyedari dirinya tidak akan selamanya bertahan sebagai penyanyi. Dia juga memaklumkan bahawa dirinya kini lebih memberikan fokus kepada perniagaan restoran miliknya di Batu Pahat, Johor.

“Saya tahu kerjaya nyanyian ini tidak akan bertahan selamanya. Disebabkan itu saya lebih fokus kepada perniagaan demi masa depan sendiri.

“Saya juga tidak tinggal di Kuala Lumpur kerana di sini tidak ada target yang tetap. Tawaran menyanyi juga hanya ada sesekali sahaja.

“Bagaimanapun, saya tidak mahu terus berhenti menyanyi. Mungkin akan tampil dengan satu lagu baharu setahun.” ujarnya.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 12 Dec 2020

Kadar Pengangguran Dijangka Bakal Meningkat

Harap ekonomi kembali pulih

familuv Fri, 27 Mar 2020

5 cara mudah basmi kutu di kepala si kecil

Kutu kepala buat si kecil rengsa

Hiburan Thu, 7 Jun 2018

Bila Ronaldo Naik Angin…Ini Jadinya!

Cristiano Ronaldo membuat keputusan selepas tidak berpuas hati dengan pengurusan tertinggi yang didakwa mungkir janji mengenai tawaran dalam kontrak baharunya.

Hiburan Tue, 23 Aug 2022

“Jangan Tinggalkan…” – Netizen Puji Sifat Manja Neelofa Dengan Suami

Manjanya tengok Neelofa dengan suami sampai tak boleh berjauhan ya.

Trending Thu, 14 Nov 2019

Beruang Matahari Diselamatkan Dari Rumah Panjang Di Betong

Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPMW5) Sarawak dengan kerjasama Sarawak Forestry Corporation (SFC) berjaya menyelamatkan seekor beruang matahari yang dipercayai dipelihara tanpa permit dalam serbuan Op Khazanah di sebuah rumah panjang di sini semalam. Bagaimanapun tiada tangkapan […]

Hiburan Mon, 11 Jun 2018

Pasangan Diraja Ini Pilih ‘Lubuk’ Zika Untuk Bulan Madu?

Duke dan Duchess akan mendapat nasihat di peringkat tertinggi sebelum membuat keputusan dan merancang perjalanan.