Featured By: Fatin Nurain August 10, 2022 @ 5:04pm

Luka Pembedahan Plastik Hampir Sembuh, Lucinta Luna Dakwa Wajahnya Persis Jisoo Blackpink

Selepas membuat pembedahan plastik pada wajahnya bulan lalu, pempengaruh media sosial, Lucinta Luna kini tampil menggelarkan dirinya sebagai Jisoo Blackpink.

Umum sedia maklum, tindakan pempengaruh tersebut yang kerap membuat pembedahan plastik lebih-lebih lagi pada bahagian wajahnya itu bukan lagi satu perkara yang baharu buat dirinya mahupun peminat.

Malah, tindakannya yang sering berkongsi mengenai perkembangan terkininya itu sering mendapat pelbagai respons dalam kalangan warganet.

Terbaharu, Lucinta dilihat turut mendedahkan wajah terkininya yang hampir sembuh dari luka pembedahan dan mengakui wajah terkininya itu persis seperti Jisoo Blackpink.

“Jangan terkejut jika wajah saya yang sedang bengkak dan membaik ini nanti mirip Jisoo Blackpink,” tulisnya.

Dalam perkongsian sama, wajah ‘Ratu 9 Nyawa’ itu masih kelihatan bengkak serta ada jahitan pada hidung serta rahang yang belum kering.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LUCINTA LUNA (@lucintaluna_manjalita)

Terdahulu, Lucinta pernah menjalani pembedahan membuang halkum dan meluahkan rasa teruja untuk memperdengarkan suara baharunya kepada masyarakat.

Sementara itu, dia juga pernah memaklumkan dirinya akan melakukan pembedahan terakhirnya iaitu pembedahan rahim.

“Lucinta Luna sudah tidak ada. Semua yang ada pada wajah telah saya tukar, ganti semua,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LUCINTA LUNA (@lucintaluna_manjalita)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#BabyXTRA Fri, 10 Mar 2023

#BabyXTRA: Isteri ‘Burnout’ Semasa Berpantang… Suami Pula ‘Lepas Tangan’? Aeril Zafrel Kongsi Tips Penting

Banyak kes suami selalu lepas tangan kan terutamanya bila isteri tengah pantang 😌 Aeril wajar jadi suami contoh!

Hiburan Thu, 16 Aug 2018

年少915合体!亮相山脚下男孩演唱会

「大叔男团」山脚下男孩25周年《都有你在》演唱会剩下不到一个月就要举办!大马80后集体回忆的本地组合「年少」方泂镔和黄启铭也首肯当特别嘉宾,让山脚下男孩感动大呼:「兄弟真够义气!」

familuv Thu, 17 Oct 2019

Ini cara kreatif untuk memupuk minat membaca terhadap anak-anak

Rangsang anak membaca dengan cara mudah!

Hiburan Wed, 20 Nov 2019
Hiburan Thu, 1 Nov 2018

Oh La La…Pertama Kali Dengar Terus Jatuh Chinta!

Saya mahu lagu gamelan Melayu yang diberi nafas baru ini dibawa ke peringkat antarabangsa.

Hiburan Tue, 25 Jul 2023
Hiburan Wed, 17 May 2023
Trending Mon, 13 Jun 2022

[VIDEO] “Dia Lagi Penang Daripada Baba Dia” – Comelnya! Netizen Terhibur Dengan Loghat Jebat Jayden

Jebat Jayden sekali lagi mencuitkan hati orang ramai dengan gelagat lucunya.

error: Content is protected !!