Luna Maya Beri ‘Hint’ Bakal Kahwin Jutawan Malaysia?

Berita mengenai aktres jelita Luna Maya dan usahawan terkenal Datuk SM Faisal Nasimuddin sedang bertiup kencang di negara seberang, Indonesia.

Selepas sekian lama mendiamkan diri, Luna dilihat tampil menjawab status dirinya bukan secara terangan tetapi dalam ‘signal luar biasa’.

Menerusi laman Instagram sahabat baik Luna, Millane Fernandez, selebriti jelita ini sempat bermain silang-kata dengan soalan ‘Tiga perkataan yang kamu nampak menggambarkan dirimu sebenar’.

“Money, Love, Connection,” tulis Luna.

Millane secara berseloroh menjawab ‘Saya boleh ‘bau’ majlis perkahwinan semakin dekat’.

Rata-rata pengikut wanita ini teruja membaca perbualan dua sahabat ini dan turut mengucapkan tahniah kepada Luna dan Faisal.

Untuk rekod, Luna pernah bercinta dengan usahawan Indonesia, Reino Barack namun putus selepas lima tahun.

Reino kini juga sah bergelar suami kepada penyanyi Syahrini awal tahun ini.

Sementara itu, Faisal pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon Puteri Aishah sebelum ini.

SGMS Faida