Featured By: Khairil Khusyairi February 2, 2023 @ 4:06pm

Luna Maya Ingin Nikah Sebelum Menopaus, Tak Buru-Buru Cari Jodoh

Pelakon Luna Maya meluahkan hasartnya untuk memiliki cahaya mata sebelum dia menopaus.

Memetik laporan temu bual bersama InsertLive, Luna berkata dia teringin untuk menjadi seorang ibu biarpun usianya kini menjangkau 40 tahun.

“Saya fikir selama kita mampu dan boleh, kita mahu sebelum menopause masih ada kesempatan untuk ada anak.

“Dan saya fikir target itu mungkin kalau mahu anak sebelum menopause sahaja begitu, tapi saya tak mahu target pencapaian tertinggi itu adalah dengan berkahwin,” katanya.

Tambah Luna dia ingin tidak memaksa dirinya untuk segera bernikah.

“Kalau ditanya, tapi mahu menikah atau tidak, sudah tentulah mahu namanya perempuan ada perasaan seorang perempuan yang bersifat keibuan itu ada dalam darah kita dan itu dalam biologis.

“Tapi kita harus hargai juga bahawa ternyata universe ini keadaan memang belum ada jalannya untuk kita paksa,” jelasnya.

Dalam pada itu, Luna juga menegaskan berkahwin bukanlah tujuan akhir dalam hidupnya.

“Di luar sana tu perempuan-perempuan yang belum menikah jangan berkecil hati..tujuan akhir bukan sekadar itu,” tutupnya.

Untuk info, Luna pernah menjalin cinta dengan seorang lelaki inggeris tetapi hubungan itu tidak bertahan lama.

Luna juga pernah menolak lamaran seorang lelaki hartawan kerana lelaki tersebut sudahpun mempunyai isteri.

Sumber: InsertLive

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 23 Nov 2022
Trending Thu, 24 Dec 2020
familuv Wed, 6 May 2020

Bina sendiri permainan luncur di dalam rumah sepanjang PKP

Guna kreativiti daripada kotak dan pita pelekat

Trending Fri, 7 Aug 2020
Hiburan Wed, 19 Feb 2020

“Kau Pergi Terlalu Awal Sahabatku” – Sazzy Falak Jumpa Ashraf Sinclair Buat Kali Terakhir

Sebagai teman baik, mesti sangat terkesan dengan pemergian mengejutkan ini.

Featured Fri, 1 Mar 2019

12 rutin penjagaan kecantikan Janna Nick, nombor 10 amat mengejutkan!

Bak kata orang, ‘Kecantikan melalui penderitaan’

Featured Mon, 4 Nov 2019

Bukan orang gemuk sahaja, orang kurus pun boleh kena diabetes

Ketahui sebab apa orang kurus terdedah kepada risiko diabetes

| Live TV