Luna Maya Pilih DJ Jadi Calon Suami?

Nampaknya ramai yang mengikuti perkembangan rapat mengenai gosip percintaan model dan pengacara Luna Maya dengan DJ kelahiran Jepun, Ryochin.

Selepas beberapa kali berteka teki dalam hal peribadi, Luna memohon doa daripada netizen.

“Doakan sahaja. Kalau ada jodoh, ada. Kalau tiada, kami berkawan sahaja,” jawab Luna kepada Kompas.com mengenai gosip percintaan yang bertiup kencang sejak kebelakangan ini.

Akui selebriti berusia 37 tahun ini, dia tidak boleh komen lebih lanjut sejauh mana hubungan mereka telah terjalin.

“Dengan siapa saya berkahwin, saya pun tidak tahu. Doa sahaja untuk masa depan dan dengan siapa saya bakal bersanding,” akuinya yang menambah belum serius dengan mana-mana jejaka buat masa ini.

Difahamkan, Ryochin juga memiliki sebuah restoran makanan Jepun di Shibuya, Tokyo.

SGMS Faida