Featured By: Maya Basir March 27, 2023 @ 5:23pm

Luqman Hafidz Akui Ramadan Tahun Ini Berbeza, Lebih Fokus Pada Anak

Pelakon Luqman Hafidz mengakui suasana menyambut Ramadan kali ini berbeza selepas berpisah dengan bekas isteri, Nurul Atiqah Mad Apandi pada Jun tahun lalu.

Namun, rutih harian ibadatnya sepanjang Ramadan masih tetap sama.

Menurutnya, tahun ini dia akan lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga dan anak perempuannya, Eve Laura.

“Mungkin rasanya akan berbeza daripada beberapa tahun sebelum ini. Namun, saya tidak pasti bagaimana kerana masih baru melaluinya (menyambut Ramadan). Apa yang saya boleh katakan, aktiviti masih sama.

“Saya banyak menghabiskan masa dengan anak. Apa-apa pun, saya fokus kepada anak dahulu termasuklah membeli baju raya dan kelengkapan lain yang diperlukan.

“Ramadan tahun ini saya mahu habiskan masa dengan keluarga. Saya tanamkan niat untuk lebih dekatkan diri dengan keluarga,” katanya yang ditemui semasa di Majlis Kempen Ramadan Raya ‘Seindah Kasih’ Media Prima Berhad di Glenmarie, baru-baru ini.

Luqman yang mencipta populariti melalui filem Ola Bola memberitahu dia dan bekas isteri akan bergilir-gilir menyambut perayaan Aidilfitri bersama anak.

“Saya dan dia (bekas isteri) masih boleh berbincang mengenai perkara ini. Kami berpisah dengan cara baik.

“Saya harap hubungan baik ini berterusan kerana komitmen terhadap anak perlu diberi keutamaan. Kemungkinan kami akan saling berhubung mengenai anak ini sampai bila-bila.

“Jadi, Aidilfitri ini, belum ada perancangan lagi. Namun, saya akan ikut apa yang ibu mahu,” ujarnya.

Sekadar info, pada 30 Disember lalu, Luqman mengesahkan dirinya sudah bercerai dengan Nurul Atiqah selepas 3 tahun mendirikan rumah tangga.

Sementara itu, filem Seindah Kasih The Movie lakonan Luqman bersama Mimi Lana, Syafiq Kyle, Siti Saleha dan Anas Ridzuan, boleh disaksikan menerusi platform penstriman Tonton mulai 12 April depan.

Filem Seindah Kasih The Movie mengisahkan gelagat enam warga kerja dan peminat industri hiburan tempatan. Kesibukan kerja di industri hiburan menjadikan tugasan harian mereka lebih mencabar pada Ramadan dan Syawal.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 5 Feb 2020

[VIRAL] Lari Dan Hilangkan Diri, Sajat Tutup Muka Dengan Tudung Sebab Nak Elak Jemaah Malaysia

Mana yang perlu tegur, tegur lah dengan cara paling berhemah

Featured Wed, 21 Feb 2018

Apa silapnya? Umur Baru 20-an, Tapi Nampak Macam 40-an

Tua sebelum usia, pasti anda tidak mahu perkara ini berlaku terhadap diri sendiri. Apa perasaan anda apabila ada orang yang meneka umur anda jauh lebih berusia daripada usia sebenar?

Featured Thu, 6 Sep 2018

Lady Gaga Nampak Macam Gula-Gula Kapas Gergasi Apabila Menghadiri Venice Film Festival

Tekstur busananya yang nampak lembut itu buat kita rasa nak curi makan.

Selebriti Mon, 25 Sep 2023
Hiburan Tue, 21 Nov 2023

Famili Duo 3: Pecah Rekod! Empat Duo Berjaya ‘Sapu’ Perfect 10 Pada Minggu Keenam

Persaingan semakin sengit! Jangan lupa saksikan separuh akhir FD3 Ahad ni tau

Trending Fri, 19 Jan 2018

Sosial Media Punca Kes Cerai, Pasangan di Terengganu Mendahului Carta…

Penggunaan media sosial secara meluas menjadi salah satu pencetus kecurangan sehingga mendorong pasangan suami isteri membuat permohonan untuk bercerai.