Luqman Hafidz & Bekas Isteri Sepakat Besarkan Anak Bersama – “Kami Sama-Sama Bersetuju”

Pelakon Luqman Hafidz memaklumkan dia kini hanya mahu memberi tumpuan kepada anak perempuannya selepas berpisah dengan bekas isteri, Nurul Atiqah Mad Apandi, pada Jun, tahun lalu.

Menurut pelakon filem Ola Bola itu, dia dan isteri sudah bersepakat untuk menjaga dan membesarkan cahaya mata mereka itu sebaik mungkin.

Tambah Luqman, dia kini juga memberi fokus pada kariernya sahaja disamping menghabiskan masa bersama keluarga tercinta.

“Lama sudah…dah setahun saya berpisah.

“Apa pun yang saya buat, saya rasa kami sama-sama dah bersetuju untuk membesarkan anak dengan sebaik mungkin sebagai ibu dan ayah.

“Buat masa ini, saya hanya fokus pada kerja sahaja, simple sahaja hidup saya sekarang ini. Saya banyak buat kerja-kerja editing dan berlakon sahaja. Itulah proses-proses sekarang. Bertungkus lumus mencari rezeki buat anak tersayang,” kongsi Luqman ringkas.

Disember tahun lalu, Luqman memuat naik hantaran di Instagram (IG) mengesahkan dirinya sudah bercerai dengan Nurul Atiqah. Mereka mendirikan rumah tangga pada 20 Mac 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Eve Laura.

Sumber: HLive

Khairil Khusyairi