“Macam Guni Bawang Holland” – Kongsi Tarian MV Terbaru Di TikTok, Outfit Sarah Suhairi Curi Tumpuan Warganet

Baru-baru ini, penyanyi Sarah Suhairi telah memuat naik sedutan daripada muzik video single terbarunya di platform TikTok untuk dijadikan ‘dance challenge’.

Menerusi video itu, Sarah dilihat menari dengan lincah bersama penari lain dengan mengenakan busana berwarna terang.

Namun begitu, rekaan busana yang dipakai Sarah itu dikritik oleh segelintir warganet dan menyamakan busana tersebut dengan pelbagai perkara.

“Pakaian ini yang terhodoh pernah saya tengok! Tetapi lagu dan tarian sangat seronok,” tulis seorang warganet.

Tidak cepat melatah, Sarah dilihat membalas komen individu tersebut dengan tenang diruangan komen.

Bukan itu sahaja, ada yang menyamakan busana Sarah itu seperti menyambut perayaan Tahun Baru Cina serta guni bawang.

Tak kurang juga ada yang menganggap penyanyi itu seperti mengenakan seluar dalam tetapi di luar.

@sarahsuhairi_38 CALLING OUT ALL THE DANCERSS!!! TO MAKE MY NEW #BurnSarahDanceChallenge ❤️‍🔥 and TAG ME!! #BurnSarah #ManaKuTahan ♬ Burn Sarah Dance Challenge – Sarah Suhairi

Namun begitu, rata-rata warganet memuji single terbarunya yang berjudul Burn dengan menyatakan mereka menyukai rentak lagunya itu.

Atiqah Johari