Featured By: Salma Syahbuddin October 7, 2022 @ 4:27pm

“Macam Mana Bila Live Nanti”- Duet ‘Tak Ingin Usai’, Nabila Razali & Keisya Levronka Buat Peminat ‘Susah Hati’

Penyanyi popular, Nabila Razali dan Keisya Levronka akhirnya disatukan dalam lagu versi duet, Tak Ingin Usai yang mula dilancarkan hari ini.

Malah, lagu popular yang dibawakan oleh kedua-dua penyanyi berbakat ini disambut hangat oleh peminat apatah lagi, muzik video rasmi tersebut telahpun menerima lebih 47,000 tontonan sejak ia dimuat naik pada Jumaat.

 

Menerusi pemerhatian XTRA di ruangan komen Youtube tersebut, rata-rata peminat dari kedua-dua buah negara memuji dan menyifatkan Nabila dan Keisha memiliki keunikan suara tersendiri selain, terpegun mendengar harmonisasi dan kualiti vokal nyanyian mereka.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian di TikTok milik Universal Muzik Indonesia, terdapat segelintir warganet yang tampil mempertikaikan tahap vokal kedua-dua penyanyi ini apatah lagi, ada yang berasa susah hati tatkala membayangkan lagu Tak Ingin Usai dinyanyikan secara langsung.

@universalmusicindonesia Makin gak bisa move on dengan “Tak Ingin Usai” versi duet @keisya levronka dan @Nabila Razali ♬ Tak Ingin Usai (Duet Version) – Keisya Levronka & Nabila Razali

 

Terdahulu, Nabila dan Keisya berkongsi rasa yang sama apabila mereka pernah dikecam teruk gara-gara nyanyian ‘sumbang’ mereka ketika menyanyikan lagu secara ‘Live’.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 7 Oct 2019

Tol Tidak Jadi Di Hapuskan Betul Ke?

Apa yang terkandung di manifesto dan pemahaman tidak sama?

Hiburan Sat, 23 Dec 2017

Dato Vida Pengumpul Tudung LV Terbanyak Di Dunia

Saya mengisytiharkan saya memiliki crumple shawl LV terbanyak didunia. Memang banyak tak terkira. Saya beli je. Tapi dah macam kain buruk.

Hiburan Wed, 23 Nov 2022

“Adik Post Yang Ni Eh…” – Gelagat Bella Astillah Kacau Didi Astillah Raih Perhatian

Sudah pasti ramai mengenali dengan adik beradik selebriti jelita iaitu Bella Astillah dan Didi Astillah yang sering mencuri tumpuan ramai dengan keakraban mereka. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik Didi di laman TikTok sehingga […]

familuv Fri, 8 May 2020