“Macam Mana Bila Live Nanti”- Duet ‘Tak Ingin Usai’, Nabila Razali & Keisya Levronka Buat Peminat ‘Susah Hati’

Penyanyi popular, Nabila Razali dan Keisya Levronka akhirnya disatukan dalam lagu versi duet, Tak Ingin Usai yang mula dilancarkan hari ini.

Malah, lagu popular yang dibawakan oleh kedua-dua penyanyi berbakat ini disambut hangat oleh peminat apatah lagi, muzik video rasmi tersebut telahpun menerima lebih 47,000 tontonan sejak ia dimuat naik pada Jumaat.

 

Menerusi pemerhatian XTRA di ruangan komen Youtube tersebut, rata-rata peminat dari kedua-dua buah negara memuji dan menyifatkan Nabila dan Keisha memiliki keunikan suara tersendiri selain, terpegun mendengar harmonisasi dan kualiti vokal nyanyian mereka.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian di TikTok milik Universal Muzik Indonesia, terdapat segelintir warganet yang tampil mempertikaikan tahap vokal kedua-dua penyanyi ini apatah lagi, ada yang berasa susah hati tatkala membayangkan lagu Tak Ingin Usai dinyanyikan secara langsung.

@universalmusicindonesia Makin gak bisa move on dengan “Tak Ingin Usai” versi duet @keisya levronka dan @Nabila Razali ♬ Tak Ingin Usai (Duet Version) – Keisya Levronka & Nabila Razali

 

Terdahulu, Nabila dan Keisya berkongsi rasa yang sama apabila mereka pernah dikecam teruk gara-gara nyanyian ‘sumbang’ mereka ketika menyanyikan lagu secara ‘Live’.Penyanyi popular, Nabila Razali dan Keisya Levronka akhirnya disatukan dalam lagu versi duet, Tak Ingin Usai yang mula dilancarkan hari ini.

Malah, lagu popular yang dibawakan oleh kedua-dua penyanyi berbakat ini disambut hangat oleh peminat apatah lagi, muzik video rasmi tersebut telahpun menerima lebih 47,000 tontonan sejak ia dimuat naik pada Jumaat.

 

Menerusi pemerhatian XTRA di ruangan komen Youtube tersebut, rata-rata peminat dari kedua-dua buah negara memuji dan menyifatkan Nabila dan Keisha memiliki keunikan suara tersendiri selain, terpegun mendengar harmonisasi dan kualiti vokal nyanyian mereka.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian di TikTok milik Universal Muzik Indonesia, terdapat segelintir warganet yang tampil mempertikaikan tahap vokal kedua-dua penyanyi ini apatah lagi, ada yang berasa susah hati tatkala membayangkan lagu Tak Ingin Usai dinyanyikan secara langsung.

 

Terdahulu, Nabila dan Keisya berkongsi rasa yang sama apabila mereka pernah dikecam teruk gara-gara nyanyian ‘sumbang’ mereka ketika menyanyikan lagu secara ‘Live’.

Salma Syahbuddin