Macam Qariah Indonesia! Bacaan Surah Al-Kahfi Aisha Retno Buat Ramai Terkejut

Penyanyi Aisha Retno tampil meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas mendengar alunan suaranya ketika mengaji.

Menerusi video yang tular di TikTok, Aisha tampil membacakan surah Al-Kahfi dalam sebuah program televisyen, baru-baru ini.

Dalam perkongsian tersebut, para panel sempat memuji bacaan pelantun lagu Sutera itu yang dikatakan seperti Qariah di Indonesia.

Menurut Aisha, dia sudah belajar taranum sejak di sekolah menengah lagi.

”Dulu masa sekolah menengah saya suka belajar taranum dan masa bulan puasa saya suka khatamkan Al-Quran,” katanya.

Menerusi video yang berdurasi tujuh minit itu juga, Aisha sempat mengikuti bacaan taranum yang diiringi oleh salah seorang panel program tersebut, Ustazah Soufizah Mousin.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji bacaan Aisha yang dikatakan sempurna tanpa sebarang kesalahan tajwid.

@lilysufy Yay boleh dengar Aisha Retno mengaji, bertarannum dan menyanyi sekali 🤭 Kalau Aisha boleh, anda pun boleh hehe. Jangan lupa join Geng Ngaji setiap hari pukul 6-7 petang ya.. Call kami atau tonton di Astro Oasis atau youtube Astro Gempak Geng Ngaji 😊❤️ #aisha #aisharetnosutera #sutera ♬ original sound – Lilysufy Shop

Fatin Nurain