“Macam Tak Percaya Dia Dah 34 Tahun” – Komen Netizen Pada Fify Azmi

Perkongsian pelakon Fify Azmi mencuri tumpuan di media sosial baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Fify Azmi berkongsi beberapa foto dirinya mengenakan busana persis anime.

“Catch meals, not feels,” tulis Fify di ruangan kapsyen.

Biarpun nampak bersahaja, ternyata penampilan Fify itu menarik perhatian ramai malah ada juga yang mengagumi kecantikan pelakon Aku Yang Kau Sakiti itu.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian Fify itu.

Rata-ratanya memuji penampilan Fify yang kekal langsing dan cantik biarpun usianya kini mencecah 34 tahun.

Khairil Khusyairi