Categories: HiburanTrending

“Macam Tu Je Dia Bagi” – Serlahkan Kualiti Vokal, Marsha Milan Pukau Peminat Di Shanghai

Penyanyi Marsha Milan dijemput untuk mewakili Malaysia ke Shanghai, China sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China, baru-baru ini.

Dalam acara yang berlangsung dua sesi iaitu pada 25 dan 26 Mei lalu itu, Marsha sempat menyampaikan beberapa buah lagu untuk menghiburkan delegasi Malaysia dan China, antaranya Cinta serta lagu Sumandak Sabah untuk mempromosikan budaya serta memperkenalkan bakat tempatan di sana.

ARTIKEL BERKAITAN: Marsha Milan Kongsi Rasa Teruja Bakal Buat Persembahan Di Shanghai, China

ARTIKEL BERKAITAN: Tampil Dengan Single Hening Rindu, Marsha Milan Gembira Lagu Dipilih Jadi OST Aku Bukan Ustazah

Persembahan yang berlangsung selama 30 minit bagi setiap sesi itu berjaya memukau masyarakat China dengan keunikan serta keampuhan vokal Marsha.

Di ruangan komen hantaran Instagram Alternate yang berkongsi sedutan persembahan Marsha di sana, peminat meluahkan rasa teruja melihat persembahan memukau penyanyi yang berasal dari Sabah itu.

Sebelum ini, single Marsha yang berjudul ‘Dulu Kini Dan Akhirnya’ yang merupakan lagu runut bunyi kepada drama ‘Lelaki Itu’ telah mencatat sehingga 273,000 tontonan di YouTube dan lagu tersebut pernah menduduki carta trending di YouTube Music serta mendapat lebih 70 juta tontonan di aplikasi Tik Tok sehingga kini.

Jangan lepaskan peluang untuk mendengar lagu ‘Hening Rindu’ dan ‘Dulu Kini Dan Akhirnya’ nyanyian Marsha yang telah mula bergema di platform iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify dan YouTube Music.

Padin