Hiburan By: SGMS Faida November 6, 2019 @ 12:53pm

Mahu All Out Untuk ‘Zharfa’, Kaka Azraff Kerja Dalam Pantang?

Pelakon dan penyanyi Kaka Azraff terharu dengan layanan seluruh keluarga produksi yang memahami keadaanya sedang berpantang.

Kaka atau nama sebenarnya Noor Atiqa Noor Azraff ketika ditemui memberitahu dia sebolehnya mahu ‘turun padang’ mempromosikan filem garapan, Ruli Wanizar ini.

“Kalau ikutkan hati, saya memang mahu sertai sesi promosi filem ini cuma saya hormati arahan doktor dan permintaan keluarga.

“Ini merupakan filem pertama lakonan saya. Saya sanggup berikan 100% komitmen untuk memastikan filem ini mendapat perhatian penonton, apakan daya saya perlu menghabiskan tempoh berpantang yang berbaki 20 hari lagi,” katanya ketika ditemui di sidang media filem Zharfa di Petaling Jaya, semalam.

 
 
 
View this post on Instagram

Throwback behind the scene Zharfa the Movie. Bersama director, crew, pemain filem yang semua nya dari indonesia.

A post shared by K A K A A Z R A F F (@kakaazraff) on

Bercakap tentang penampilan sulung dalam filem yang sarat dengan mesej positif, Kaka memberitahu filem ini banyak mengingatkannya kepada arwah bapa.

“Filem ini tentang bapa dan anak. Sebagai individu yang kehilangan bapa sejak usia 10 tahun, sudah tentu saya dapat menjiwai watak Zharfa dengan baik.

“Jalan cerita tiada kaitan cuma emosi itu membuatkan lakonan lebih ‘bernyawa’.

“Saya juga berterima kasih dengan pihak produksi dua negara yang banyak membantu. Ini merupakan pengalaman indah yang tidak akan saya lupa,” ujarnya.

 
 
 
View this post on Instagram

“Secepatnya kebohongan berlari,pasti terkejar dengan kebenaran” Zharfa.

A post shared by K A K A A Z R A F F (@kakaazraff) on

Filem Zharfa terbitan Madness Films akan ditayangkan di 35 pawagam bermula 7 November ini.

Selain Kaka, Zharfa turut membariskan pelakon Donny Alamsyah, Betari Ayu, Benny Ruswandi, Anindi Zharfa dan ramai lagi.

Oleh: Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 20 Feb 2023

Individu Dakwa Intan Najuwa Sudah Bertunang Dengan Lelaki Berstatus Datuk?

Wahhh, kalau betul apa salahnya kan ❤️🥰🥰

Featured Tue, 25 Oct 2022

Gara-Gara ‘Twerk’ & Usik Jurusolek Melatah, Video Dynas Mokhtar Dibanjiri Komen Nakal Lelaki Gatal?

Amboiiii, nakalnya komen komen lelaki kat video Dynas ni 🤯 Takut min baca 😖😫

Hiburan Wed, 22 Nov 2017

DARI MANA DATANGNYA IKAN? – FATHIA LATIFF

Seperti sudah dijangka Fathia menganggap tweet yang dibuatnya itu sebagai bahan gurauan semata-mata memandangkan netizen memberi kecaman yang bertubi-tubi terhadapa apa sahaja yang Fathia tweet selepas itu. 

Events Wed, 28 Sep 2022

Saksi Dakwa Ebit Lew Hantar Foto K*maluan Di Aplikasi WhatsApp

Tak tau nak kata apa, tunggu je lah keputusan kes perbicaraan tersbeut okay!

Hiburan Thu, 1 Aug 2019
Events Sun, 23 Sep 2018

Semarakkan Anugerah Skrin Dengan Menyaksikan Drama-Drama Terbaik 2018!

Jangan lupa menyaksikan drama-drama hebat yang tercalon dalam ASK 2018 tahun ini!

| Live TV

error: Content is protected !!