Featured By: Atiqah Johari January 4, 2023 @ 5:22pm

Mahu Fokus Kerjaya Dahulu, Julia Farhana Tidak Rancang Hamil Masa Terdekat – “Suami Mahu Lihat Anaknya Membesar”

Pelakon Julia Farhana memaklumkan bahawa dia merancang untuk memiliki anak dalam tempoh dua tahun lagi.

Memetik laporan Harian Metro, ini kerana, dia mahu meletakkan kerjaya seninya sebagai fokus dulu dan suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum turut menyokongnya.

“Kami sudah berbincang mengenai anak dan dia juga bersetuju untuk saya fokus pada karier seni terlebih dulu. Pada masa sama, suami juga mahu melihat anaknya dari perkahwinan terdahulu, Laana Haura yang kini berusia lima tahun membesar dulu sebelum memiliki adik.

“Insya-Allah jika ada rezeki kami mahu memiliki dua atau tiga anak untuk melengkapkan lagi rumah tangga yang baru dibina ini,” jelasnya kepada Harian Metro.

Tambah, Julia akui pada ketika ini dia dan suami masih dalam mood berbulan madu selepas tiga minggu berkahwin.

“Alhamdulillah, rumah tangga kami bahagia walaupun jadual kerja masing-masing padat. Sesibuk manapun, saya pastikan kami tetap mencari waktu untuk meluangkan masa di rumah.

“Malah, saya juga berusaha belajar memasak lauk ayam masak merah kegemaran suami dari resipi istimewa keluarganya,” ujar Julia.

Bukan itu sahaja, Julia turut mengulas mengenai majlis pernikahan dan perkahwinannya yang dibuat secara ringkas dan tertutup baru- baru ini.

“Jika nak diikutkan, saya dan suami memang merancang untuk mengundang ramai rakan dan pihak media pada majlis resepsi tetapi tidak dapat dilakukan atas sebab tidak dapat dielakkan.

“Semuanya kerana keadaan dan situasi tidak mengizinkan ketika itu serta menghormati permintaan keluarga kedua belah pihak.

“Justeru, majlis pernikahan dan resepsi dibuat sekaligus secara ringkas dengan dihadiri kira-kira 200 ahli keluarga terdekat kedua belah pihak saja,” jelasnya lagi.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 18 Jun 2019

「K歌制造机」谭志华大马发片留遗憾!祝贺VCR独漏李圣杰?

被誉为「K歌制造机」谭志华大马发片留遗憾!祝贺VCR独漏李圣杰?

Featured Mon, 6 Mar 2023
Hiburan Sat, 30 Mar 2024

[VIDEO] Mas Idayu Peluk Erat Bella Astillah Sentuh Hati Ramai

Auto sebak juga la tengok Mas Idayu peluk Bella 😢

Hiburan Wed, 15 Jan 2020
Hiburan Mon, 30 Apr 2018

Cukuplah 7 Tahun, Ego PADI Kini Berakhir…

Akui mereka lagi, kemunculan semula Padi Reborn kini lebih matang dan mereka lebih mengenali antara satu sama lain…Terbaiklah Padi Reborn!

Events Mon, 5 Nov 2018

萧秉治男女通杀!近距离又唱又跳「超爽」

萧秉治带着个人首张专辑《凡人》来马,北中南宣传跑透透;日前在吉隆坡站上,与女粉丝牵手对唱《天使见证的爱情》,让粉丝高喊“超爽!”

Hiburan Thu, 5 Apr 2018

“Aku Berkerja Demi Hidup” – Intan Liana Semakin Berani

Rezeki Intan semakin bertambah selepas apa yang berlaku pada dirinya