Main Sorok-Sorok Dengan Anak Dalam Luggage, Peminat Beri Nasihat Kepada Awal Ashaari

Tindakan pelakon Awal Ashaari bermain sorok-sorok bersama anak-anaknya, Lara Alanaa dan Lila Aminaa mengundang rasa kurang senang dalam kalangan peminat.

Menerusi perkongsian di Instagram, Awal telah memuat naik video gurauannya bersama anak-anak yang sedang berbaring di dalam ‘luggage’ ketika membuat persiapan untuk melancong.

“Dengar cakap Daddy. Jangan buat bising, Bila Daddy kata boleh keluar baru keluar. Jangan banyak gerak or panggil Daddy. Kalau tak kantoi nanti kena beli tiket..#wishicouldpackyouinmysuitcase,” tulisnya.

Namun, perkongsian itu membuat pengikutnya berasa kurang senang dan memberi nasihat kepada pelakon itu kerana dikhuatiri membahayakan keselematan anaknya.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata pengikutnya terhibur dengan perkongsian itu dan memuji kecomelan kedua-dua anak pelakon itu.

“Gerammm tengok Lila. Nak video Lila banyak-banyak. Dulu geram kat Lara. Next BABYGIRL please.

“Hahahahaha! My baby do the same thing too when I was packaging the bag.

“Naya pak abu… Nak bejalan punya pasal.

“Comellahh.. geram pulak tengok dua beradik ne..,” komen peminatnya.

Fatin Nurain