Categories: HiburanSelebriti

Majlis Aqiqah Anak Kedua Fouziah Gous

Pelakon Fouziah Gous dan suaminya, Zhafran Yusof telah mengadakan majlis aqiqah buat anak kedua mereka, Zaheen Yusof kelmarin dengan memilih tema kapal layar dan laut. 

Dalam majlis yang berlangsung sangat meriah itu menyaksikan Fouziah bersama suami dan anak-anak sedondon memakai baju rona biru laut. 

Dekorasi pelamin majlis aqiqah juga meriah dengan tempat beradu bayi yang dibuat dengan bentuk kapal layar selain tambahan hiasan lautan denga koral serta ikan nemo. 

Apa yang menariknya, Zaheen yang dilahirkan pada 11 November tahun lalu itu telah berjumpa serta didoakan oleh Ulama’ Tertinggi di Dunia, Al-Habib Umar Bin Hamid Al Jailani dari Makkah & Al Sheikh Al Sayyid Afeefuddin Al Jailani. 

“Sungguh bermakna dan indah rezeki Zaheen Yusuf semalam #aqiqahzaheen bila dapat berjumpa serta didoakan oleh Ulama’ Tertinggi di Dunia, Al-Habib Umar Bin Hamid Al Jailani dari Makkah & Al Sheikh Al Sayyid Afeefuddin Al Jailani di saksikan beberapa Habib & Sheikh lain juga… 

“SubahanaAllah… #Syukurlah . Bila dah besar pasti Zaheen akan bangga dengan gambar ini.. InsyaAllah jadilah anak kebanggaan dunia dan akhirat sayang… #zhafoujr2 #zaheenyusuf !! Thank you sayang @zhafyusof untuk rezeki ini?❤️ @zhafoujr,” kata Fouziah di IGnya. 


Anak pertama pasangan ini bernama Muhammad Zeeshan yang kini sudah berusia dua tahun. 

SGMS Enal