Cahaya Mata By: Maya Basir August 15, 2022 @ 3:35pm

Majlis Gender Reveal Mona Allen Dipersoal Ikut Budaya Barat?

Pasangan pelakon, Pekin Ibrahim dan Mona Allen mengumumkan berita bakal menimang cahaya lelaki tidak lama lagi di majlis ‘gender reveal’ yang diadakan Sabtu lalu.

Namun, disebalik perkongsian berita gembira tersebut, Mona atau Munna Hafiraneza Allen, 37, kecewa apabila terdapat segelintir pihak mempertikaikan majlis yang diadakan adalah budaya masyarakat barat.

Tujuan utama dia dan Pekin mengadakan majlis tersebut adalah untuk berkongsi secara terbuka segala pertanyaan pengikutnya di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mona Allen🌙 (@mona.allen)

Meskipun pengumuman sudah dibuat, masih ada pengikut yang bertanyakan jantina anak yang bakal dilahirkan.

“Cuba bayangkan ada 50,000 orang bertanya boy atau girl? Walaupun dah dimaklumkan untuk yang ingin tahu tapi masih ada lagi bertanya.

“Percayalah, takkan kita nak jawab satu persatu, agak penat. Jadi kita pilih satu tarikh dan buat pengumuman kepada umum,” katanya.

Menurut Mona, majlis yang diadakan bukan untuk bersikap riyak sebaliknya dilakukan atas sebab-sebab tertentu.

“Janganlah bersangka buruk, fikir secara positif. Janganlah kita ini asyik nak cari kesalahan orang lain.

“Kita bukan sengaja atau suka-suka nak riyak dan menunjuk tetapi buat sesuatu itu ada sebab. Setiap benda mesti ada sebab,” ujarnya.

Untuk rekod, Mona dan Pekin mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018 dan bakal melahirkan bayi sulung mereka pada penghujung September.

Sumber: Instagram Story @mona.allen

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 25 Sep 2022
Trending Mon, 3 Feb 2020

Benarkah! Tidur 2 Jam Dapat Menghasilkan Vaksin?

Harapnya nanti dapatlah halang penyakit berjangkit ni kan?

Hiburan Sun, 2 Sep 2018

“Peminat Itu Menghina Bentuk Badan Saya Secara Terbuka” – Almy Nadia Bengang

Kenyataan yang dianggap sebagai memalukan itu kerana menggelarnya sebagai wanita hodoh dan gemuk

Trending Tue, 9 Nov 2021

Jom Hantar Barang Dengan J&T, Boleh Menang Giveaway Bernilai Sehingga RM1.5 Juta!

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas, memang servis kurier lah paling tak menang tangan. Yelah, bila semua shopping mall tak boleh beroperasi, memang shopping online jelah. Tambah-tambah dalam musim pandemik, memang tiap-tiap hari ada

Trending Mon, 22 Aug 2022

“Kan Comel Pakai Tudung” – Usop Mohon Doa Agar Isteri Berhijab Dengan Sempurna

Penyanyi, Usop yang bergelar suami kepada Nur Fatihah Md Hasim pada Februari lalu kini dilihat semakin bahagia bersama isteri tercinta lebih-lebih lagi bakal menerima orang baru dalam hidup. Terbaharu, selebriti yang menempa nama menerusi rancangan

Trending Wed, 17 Jun 2020

Lebih 21, 403 Pas Perjalanan Tanpa Had My30 Terjual

Korang jangan lupa dapatkan juga k!

Trending Tue, 24 Apr 2018

Jiran Sangka Wanita Itu Dah Meninggal Rupa-Rupanya…

“Lantai bilik itu juga dipenuhi najis serta berbau busuk. Saya kemudian memanggil jiran lain dan kami sepakat menghubungi polis untuk menyelamatkan mangsa,” katanya.

Featured Fri, 18 Jun 2021

Pendapatan Rakyat Membimbangkan, Lebih 600,000 Isi Rumah M40 Tergelincir Ke B40

Pandemik COVID-19 memberi implikasi yang besar kepada tahap pendapatan rakyat Malaysia apabila lebih daripada 600,000 isi rumah dari golongan berpendapatan pertengahan (M40) telah tergelincir ke dalam kategori golongan berpendapatan rendah B40. Penurunan ini menimbulkan kebimbangan

Trending Sat, 24 Nov 2018

Allahuakbar…Anak Yatim, Asnaf Hilang Tempat Tinggal Selepas Rumah Ini Dijilat Api

Seramai 13 penghuni yang berada di lokasi sudah menyelamatkan diri ketika pasukan bomba tiba dan api berjaya dikawal jam 1.46 tengah hari.

| Live TV