“Mak Dia Tak Cute Ke?” – Geram Dengan Kecomelan Emirhan, Peminat Berhasrat Beri Hadiah Untuk Anak Anzalna

Umum mengetahui kecomelan anak pelakon jelita, Anzalna Nasir sering mencuri tumpuan ramai warganet.

Terbaru, Anzalna berkongsi menerusi Instagram Storiesnya (IGS) menunjukkan perbualannya dengan seorang peminat menzahirkan hasrat untuk memberi hadiah kepada anaknya, Emirhan kerana geram akan kecomelan anaknya itu.

“Salam Anzalna, kiter nak bagi hadiah buat Emirhan boleh? Macam mana nak bagi ya, if you don’t mine,” ujar individu itu.

Namun, Anzalna berasa segan dan terharu dengan tindakan individu wanita tersebut yang berbesar hati untuk memberi hadiah kepada anaknya.

“Awhh so sweet of you dear… segan mommy dia,” balas Anzalna.

Apa yang menarik perhatian ialah kapsyen Anzalna yang dilihat seperti mencemburui kecomelan anaknya itu.

“Emirhan dapat hadiah sebab dia cute! Habistu mak dia tak cute ke? @hanimsubri hahahahaha.

“Mak nya kena pergi Korea ni bagi cute muka hahahahaha,” tulis Anzalna.

Terdahulu, anak kedua Anzalna itu pernah disamakan dengan wajah presiden Rusia, Vladimir Putin.

Artikel Berkaitan: Wajah Anak Anzalna Nasir Disamakan Dengan Presiden Rusia, Uyaina Arshad Nak ‘Chop’ Buat Menantu?

Artikel Berkaitan: Kongsi Foto Ketika Bercuti, Netizen Terpegun Dengan Kecomelan Anak Anzalna Nasir – “Tolonglah Beranak Ramai-Ramai”

Atiqah Johari