Makin Panas! Sengaja Kongsi Gambar Kanak-Kanak Zahirah Macwilson, Netizen Anggap Fathia Latiff Makin Melampau – “Bersama Bibik Saya”

Pelakon Fathia Latiff didakwa sengaja melakukan provokasi selepas memuat naik gambar kanak-kanaknya bersama aktres Zahirah Macwilson.

Perkongsian tersebut telah dikongsikan oleh Fathia menerusi sebuah hantaran di Instagram, sebentar tadi.

Enggan meredakan suasana, Fathia tetap menyifatkan Zahirah sebagai bibiknya yang kini sudah menjadi isteri kepada bekas kekasihnya, Aiman Hakim Ridza.

“Bersama bibik saya. Klepek-klepek sama mantan guek,” tulisnya.

Kurang senang dengan tindakan pelakon itu, rata-rata netizen menyifatkan tindakan Fathia semakin melampau dan menganggapnya ‘insecure’.

ARTIKE BERKAITAN: Fathia Latiff Petik Nama Zahirah Macwilson Di Sesi Live… Samakan Muka Macam Bibik, Dakwa Buat Bibir Di Australia?

Fatin Nurain