Hiburan By: SGMS Faida February 23, 2019 @ 12:25pm

Makin Sihat Di Rumah, Henti Sebar Berita Kematian AR Badul

“ Alhamdulillah saya semakin sihat dan ada di rumah,” ujar pelakon AR Badul yang kesal dengan laporan mengatakan beliau sudah meninggal dunia.

Pelakon berusia 70 tahun itu memaklumkan berita itu adalah tidak benar.

“ Selepas berita itu tersebar, kenalan dan saudara datang ke rumah. Saya juga menerima banyak panggilan telefon.

“ Hal kematian bukan boleh dibuat main-main,” katanya kecewa.

Namun begitu, pelakon komedi ini tidak berhasrat mengambil tindakan ke atas individu yang memfitnah tentang berita kematiannya itu.

“ Tak apalah dia akan terima pembalasannya satu masa nanti. Sebagai pengguna media sosial yang bertanggungjawab, jangan mudah percaya dengan berita yang tidak sahih,” katanya.

Terdahulu, netizen dikejutkan dengan berita di laman Facebook individu bernama Mohamad Zidi menulis Badul sudah meninggal dunia pada pagi ini.

Ini susulan berita selepas Badul dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Institut Jantung Negara selepas mengalami masalah salur darah jantung tersumbat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 20 Feb 2023

Didakwa Tidak Lagi Menyanyi & Selesa Duduk Rumah Jaga Anak Sahaja, Ini Respons Syamel

Betul ke Syamel sekarang jadi Mr Mama ni? Tapi tak salah pun…

Hiburan Wed, 13 Dec 2023
Hiburan Mon, 12 Mar 2018

Isu Selamatkan Anjing, Izzue Islam Ada Alasan Sendiri

Tambah Izzue lagi, masyarakat haruslah lebih prihatin dan membantu haiwan jalanan terutamanya apabila berada dalam kesusahan. Kerana, beliau percaya masyarakat Malaysia sememangnya terkenal dengan sikap prihatin dan belas kasihan

Hiburan Mon, 4 Dec 2023