Hiburan By: SGMS Enal July 3, 2019 @ 1:42pm

Malas Layan Netizen, Nanti ‘Meroyan’- Dynas Mokhtar

Pelakon, Dynas Mokhtar bimbang berdepan risiko ‘meroyan’ andai melayani komen netizen yang memperkatakan isu bentan dihadapinya.

Berdepan masalah bentan apabila selepas melahirkan cahaya mata ketiga, Dynas percaya ia berpunca daripada serai yang dicampurkan dalam makanannya.

“Ada sahaja perkataan negatif ditulis seperti mereka lebih tahu mengenai situasi yang saya alami. Oleh itu, saya memilih untuk menyekat akaun yang berpotensi meninggalkan komen berbaur negatif.

“Bukan apa, saya masih berada dalam tempoh berpantang ketika itu, jika tersilap langkah boleh membuatkan diri meroyan kerana hormon pun masih kurang stabil. Lebih baik tidak membaca perkara negatif kerana akan berlarutan jika dibiarkan.

“Lebih mengejutkan, kadang-kadang terkejut bila tengok orang yang komen. Ada yang menghakimi dan mengecam daripada kalangan budak sekolah yang belum bersunat dan belum menduduki peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) lagi,” katanya kepada Xtra.

Bintang filem Tombiruo: Penunggu Rimba itu menjelaskan, ada juga perkongsian positif diterima membabitkan masalah bentan yang dialaminya pada hari ke-35 berpantang.

Mengulas mengenai kehadiran permata hatinya, Edriel Obil, Dynas mengakui agak kekok selepas kali terakhir melahirkan anak keduanya tujuh tahun dahulu.

Terdahulu, Dynas berkahwin dengan pengusaha ladang ayam, Shazrik Din pada April tahun lalu selepas empat tahun menjadi ibu tunggal.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata mata lelaki pada Mei lalu.

Manakala menerusi perkahwinan pertamanya, Dynas mempunyai dua orang anak iaitu Khayra Khalyssa, 9, dan Mohamed Haqaish, 7.

Oleh: Zaara Talita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 3 Feb 2023
Featured Thu, 10 Mar 2022
Hiburan Wed, 28 Aug 2019

Fara Fauzana Kembali Ke Konti?

Yeay! Meriah lah konti lepas ni dengan suara kak Fafau kita!

Events Thu, 7 Jun 2018

Buka Puasa Gaya xtra! Minit Akhir Nostalgia Ramadan di 10 Binjai PNB Perdana On The Park

Nak rasa masakan seolah air tangan ibu? Nah inilah tempat paling ideal buat anda mengimbau kenangan indah menu berbuka ala desa!

Hiburan Sun, 3 Jul 2022
Featured Wed, 19 Apr 2023

Rohana Jalil Semakin Kritikal Dalam ICU -“Dia Bernafas Menggunakan Bantuan Oksigen”

Allahu! Moga diberikan keafiyatan di bulan ramadan ini💖