Hiburan By: Del14 October 10, 2019 @ 3:39pm

“Macam-Macamlah…Amelina Ditegur Pakai Baju Sesuai Umur?

Alamak…gara-gara memakai busana mendedahkan bahu, laman instagram penyanyi dangdut terkenal, Amelina dihujani kecaman netizen. 

Penyanyi berusia 43 tahun ini dikatakan menyarung pakaian yang tidak sesuai dengan usianya.

Bagi Amelina atau nama sebenarnya Nor Azlina binti Amir Sharipuddin sendiri, dia terkejut  melihat komen yang diterima selepas memuatnaik video tersebut di Instagram. 

“Bila Kaklong berusaha keras nak posing macam budak 18 tahun walaupun…halah halah…yang ni pon saja mengundang,” tulisnya dalam kapsyen posting instagram tersebut. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ada yang terhibur dengan ‘posting’ Amelina yang mesra dipanggil Kak Long atau Along oleh peminatnya, dan ramai juga yang kurang senang dengan tindakannya itu.

“Kak Long tak payah nak pos gaya budak-budak 18 tahun ke apa ke…jadi diri sendiri sudahlah…bergayalah ikut umur sendiri..tak manis kita tengok macam tu..tak sesuai dengan umur”

“Akak dan cantik tapi tak perlu bergaya dan seksi macam  ni tak manis di pandang”

“Betul saya suka sangat bila kak long muncul semula dalam bidang nyanyian ni sebab suara kak long..ada kelas tersendiri..tapi bila semakin hari caa dan pakaian kak long…aduhai saya macam dah nak menyampah”

“Dah start nak pakai dedah-dedah ke tu?  Alahai..tak manis lah cik kak oii..malu lah kat anak-anak..” tulis netizen. 

Apa pun Amelina tak cepat melatah. Mungkin sebab dah tau postingnya itu bakal ‘mengundang’ jadi walaupun terkejut, Along masih ‘chill’ sahaja. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 14 Nov 2023

Berjaya Jampi Penonton DFP, Khai Bahar Terpaksa Lupakan Sakit Demi Peminat, Siap Bergelek Lagi!

Rugi yang tak datang konsert solo Khai Bahar! Meriah❤️🔥🔥

Featured Mon, 4 Sep 2023

[VIDEO] Tersilap Sebut Nama Pemenang & Kekok Mengacara, Sweet Qismina Akui Gementar – “Saya Dah Minta Maaf Kepada Mereka…”

Alahai, kesian Sweet. First time jadi host kan guysss 🥹 Its okay Sweet, pengalaman mematangkan ❤️‍🔥

Featured Fri, 18 Jun 2021

Parlimen Laksana WFH Hingga 28 Jun

Parlimen Malaysia akan melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) bermula 15 hingga 28 Jun 2021. Perkara itu dimaklumkan menerusi satu pengumuman dalam ciapan twitter Parlimen Malaysia pada Jumaat. BDR yang dilaksanakan selaras dengan pelanjutan tempoh […]

Hiburan Mon, 27 Nov 2017

Sudah Bertaubat Dan Ingin Lupakan, Kata Diana Amir

Sudah Bertaubat Dan Ingin Lupakan, Diana Amir Mohon Stesen Televisyen Tidak Siarkan Filem Lakonannya Sebelum Bertudung

Hiburan Wed, 23 Jan 2019

Pasangan Selebriti Terkenal Indonesie SAH Bercerai Hari Ini

Gading dan Gisel bernikah pada 15 November 2013 di Bali dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Gempita Noura Marten.

Hiburan Wed, 3 Apr 2019

Patutlah Cantik…Kourtney Kardashian Bongkar Rahsia!

Patutlah cantik adik-beradik Kardashian ni…