Featured By: Maya Basir January 4, 2023 @ 5:35pm

“Mami Pergi Jumpa Cikgu Tu…” – Anak Lelaki Azhar Sulaiman Pernah Ditampar Guru, Netizen Tak Setuju Guna Kekerasan!

Baru-baru ini, tular video seorang jurulatih menampar dua pemain pasukan bola tampar Wanita Melaka bawah 14 tahun (B-14).

Perkara tersebut turut mengundang perhatian pelakon, Azhar Sulaiman yang berkongsi pengalaman anak lelakinya, Andika Rees Pahamin yang pernah ditampar oleh gurunya.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, dia pernah bertemu dengan guru yang menampar setelah sebulan berlalu.

Namun, dia memilih untuk melupakan sahaja insiden tersebut.

“My son Rees pernah kena lempang dengan Cikgu dia. Selepas sebulan Mami jumpa Cikgu tu dan salam dan kata padanya, kita lupakan shaja Cikgu kisah lama tu. Lets move on,” katanya.

Menurutnya, dia tidak tahu apa yang akan terjadi sekiranya anak lelakinya ditampar secara terbuka di gelanggang luncur ais dan bersyukur Rees disayangi jurulatih dan pasukan hokinya.

“Kalau sebagai pemain Ice Hockey Malaysia dia kena lempang terbuka dekat gelanggang ice skating. Mami tak tahulah apa akan jadi. Pemain Ice Hockey kan jenis tahan lasak dan tahan rempuh.

“Alhamdulillah pasukan dan jurulatihnya sangat sayangkan dia!,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman)

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan pengajar yang menggunakan kekerasan dalam mendidik anak murid.

“Saya sebagai bapa, saya takkan sesekali tolerate coach atau cikgu lempang anak saya di khalayak ramai atau tertutup. Nak jerit, nak marah tak mengapa tapi bukan dengan cara angkat tangan.

“Tapi dalam Islam memang tak bagus lempang kat muka. Parents pun tak boleh lempang muka anak,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 7 Apr 2023

“Saya Bangga Dengan Diri Saya” – Kalah Kes Langgar Kontrak, Diarah Bayar Lebih RM200,000… Ini Respons Amelia Henderson!

Amelia diperintah bayar saman lebih RM200,000 beserta buat permohonan maaf dan padam video berunsur fitnah.

LIFESTYLE Wed, 1 Aug 2018

Telur Dapat Membantu Mencantikkan Wajah

tahukah anda yang telur sebenarnya memiliki banyak untuk kecantikan dan kesihatan.

Trending Thu, 5 Apr 2018

Padah Minum Alkohol Buatan Sendiri

Sebanyak 16 kematian direkodkan sejak Isnin lalu di sekitar Jakarta manakala lapan kematian dilaporkan di Papua.

Featured Sun, 21 Feb 2021

Kerajaan Cadang Keluarkan Pasport Vaksin Untuk Penerima Vaksin

Setelah hampir dua tahun memerangi COVID-19, Vaksin Pfizer BioNtech akhirnya tiba di Malaysia pada hari ini. Justeru, kerajaan bercadang untuk mengeluarkan pasport vaksin kepada individu yang sudah menerima vaksin COVID-19. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr […]

Drama Fri, 16 Oct 2020
Eat Travel Thu, 18 Oct 2018
Hiburan Mon, 6 Jan 2020

“I Should Get Married To Mark”, EXO’s Kai Confesses His Love For NCT’s Mark

It’s not that serious people! He’s just showing his support for his junior!