Hiburan By: Del14 September 3, 2019 @ 11:45pm

Mampukah Sufian Suhaimi Lawan Fattah Amin?

Ini bukan sekuel filem Sangkar ye…tapi Sufian Suhaimi sebenarnya akan mengikut jejak langkah Fattah Amin dengan melancarkan buku mengenai kisah hidupnya, the good and the bad.  Yang lainnya, buku Fattah adalah lebih kepada ‘quotes’ atau ungkapan hidupnya manakala Sufian pula bakal melancarkan buku yang lebih kepada puisi. Buku yang diberi judul ‘Senanduka Sufian Suhaimi’ itu akan mengandungi 70 buah puisi yang ditulis olehnya sendiri.

 

Rasanya ramai yang dah sedia maklum bahawa Sufian sememangnya penulis lirik dan lagu yang berbakat besar jadi tidak hairanlah beliau tidak teragak-agak untuk membukukan hasil nukilan yang lahir dari hatinya terutama sekali kisah suka duka kehidupannya, termasuklah isi hatinya mengenai kisah putus tunangnya yang menjadi bualan netizen suatu ketika dulu.

 

Sufian Suhaimi sememangnya seorang yang berbakat

“Buku puisi ini mengisahkan kehidupan saya dan perspektif mengenai pelbagai peristiwa besar yang berlaku beberapa tahun lalu. Secara peribadi dan kerjaya, ia dilihat usaha yang seiring.”

 

Pihak Universiti Utara Malaysia (UUM) akan bekerjasama menerbit dan mengedar buku tersebut memandangkan ia bakal menjadikan buku puisi itu sebagai rujukan akademik. Wah….tahniah Sufian Suhaimi! Bukan calang-calang kalau buku itu dijadikan rujukan pelajar universiti nanti. Oleh itu, Sufian berpendapat bahawa buku itu perlu dihasilkan dengan penuh teliti.

 

“Setiap puisi dalam buku ini menggunakan judul lagu nyanyian saya termasuklah Terakhir 1 dan 2, Di Mata Mu 1, Harus Aku 2 dan Terasa Ada 3,” jelas Sufian semasa pelancaran buku puisi itu.

 

Mampukah buku puisi Sufian Suhaimi melawan populariti buku 99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin yang menerima Anugerah Buku Negara 2017 kategori Buku Popular??

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 30 Jun 2018

环东艺校《听见你的声音》合辑阵容敲定2019年推出

环东艺校《我是练习生 -迷你演唱会3.0》圆满落幕!16位练习生及PK成功的素人歌手加入《听见你的声音》合辑阵容,预计2019年推出市场。

Selebriti Mon, 2 Oct 2023
Hiburan Wed, 24 Jul 2019
Selebriti Tue, 7 Nov 2023
Hiburan Tue, 6 Feb 2018

SELEPAS 20 TAHUN, FERHAD PILIH DOKTOR GIGI

Masih ingat dengan lirik ini? Lagu yang pernah mengangkat nama penyanyi Ferhad ke industri hiburan satu masa dulu. Selepas hampir 20 tahun bergelar penghibur, Ferhad..

Featured Mon, 6 Mar 2023
Featured Fri, 28 Oct 2022

“Soal Jaga Batas Ini Kalau Boleh…” – Tajul Elak Babak Bersentuhan Dengan Wanita

Penyanyi Tajul Ariff yang kini semakin aktif dalam dunia lakonan mengakui dia seboleh-bolehnya mahu mengelak untuk melakonkan babak bersentuhan demi menjaga hati isteri, Nurul Shamieza Eddie. Menurut Tajul atau nama sebenar Tajul Ariff Noor Md […]

Featured Tue, 9 Jan 2024