Hiburan By: SGMS Faida May 7, 2018 @ 2:50am

Mana Ada Halang, Dia Yang Tak Nak

Lama tak dengar khabar terbaru mengenai penyanyi Leez Rosli! Penyanyi yang berkahwin dengan vokalis Drama Band, Aepul ini dilihat menyepi sejak lima tahun kebelakangan ini.

Jangan salah sangka pula ya, suami Leez tidak pernah halang dirinya untuk aktif menyanyi tetapi Leez yang enggan meneruskan.

“ Saya tidak pernah sekat pembabitan isteri untuk aktif sebagai pelakon dan penyanyi walaupun selepas kami memiliki anak.

“ Malah saya pernah memberikan lagu hasil ciptaan sendiri untuk dinyanyikan oleh Leez namun ditolak,” katanya yang memberikan lagu itu ketika mereka dalam tempoh bertunang lagi.

Kata Aepul, dia melihat isterinya seolah-olah hilang keyakinan untuk menyanyi di depan penonton yang ramai.

“ Mungkin sudah terlalu lama dalam tempoh berehat,” katanya.

Aepul atau Noorsyaiful Md Zalaludin turut mendedahkan dia sudah siap menulis sebuah lagu khas buat anak mereka, Nur Saffiya Alisha yang berusia dua tahun.

“Lagu untuk Alisha sudah siap ditulis dan saya berhasrat untuk ajak dia berduet menerusi karya itu. Saya harap kali ini dia tidak akan menolak pelawaan saya,” katanya.

Terdahulu, Aepul dan Leez berkahwin pada 27 Disember 2014 selepas tiga tahun bercinta. Mereka menimang cahaya mata sulung pada 4 April 2016.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 16 Dec 2019

Dah Bernikah Rupanya…

Tahniah Vanessa Angel!

Hiburan Fri, 23 Nov 2018

Anuar Zain Jadikan Neelofa Contoh Terbaik

Lofa pantas dijadikan panduan bagi menangani netizen mulut bawang

Featured Fri, 9 Jun 2023

Hafidz Roshdi Waras! Kes Pukul Isteri Diteruskan Pada…

Tak sabar nak tahu keputusan kes…

Hiburan Thu, 18 Oct 2018

Psst…7 Hal MENARIK Yang Perlu Korang Tahu Sebelum Pergi Menonton Gol & Gincu Vol 2

Kenapa Fazura tidak berlakon dalam Gol & Gincu Vol 2 eh? Nak tahu, jom baca info di atas!

Hiburan Tue, 19 Jun 2018

Tiffany Young Bakal Pesaing Ed Sheeran, Jason Mraz?

Terdahulu, penyanyi berusia 28 tahun ini mula dikenali sebagai Tiffany atau Tiffany Hwang namun menukar nama pentas ke Tiffany Young.

Hiburan Tue, 6 Aug 2019

Terpilih Saat Akhir, Wany Hasrita, Amira Othman Berangkat Tunai Haji Esok

Sebenarnya saya dalam keadaan tidak bersedia tetapi bila berfikir semula…

FESYEN Wed, 28 Feb 2018

Wow…Ayunya Bila Dua Lipa Berhijab

Penyanyi popular dengan lagu Scared To Be Lonely yang ketika ini dalam siri konsert jelajahnya sempat berkunjung ke beberapa lokasi menarik di sana.