Hiburan By: SGMS Faida June 23, 2018 @ 6:38am

Mana Ada Rombongan Merisik, Mereka Datang Berayalah…

Umum sudah tahu hubungan cinta primadona Erra Fazira dan penyanyi Shahir. Malah rata-rata peminat kedua selebriti ini merestui hubungan mereka dan berharap berakhir di jinjang pelamin.

Mengambil kesempatan bulan Syawal ini, Shahir dan keluarganya telah berkunjung ke rumah aktres terkenal itu.

Ada yang mengatakan kunjungan keluarga penyanyi popular dengan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu adalah rombongan merisik. Betul ke?

“ Mereka datang beraya, bukan merisik. Tiada sebarang perbincangan perkahwinan, hanya beraya,” kata Erra Fazira.

Tambah ibu kepada Engku Aleesya ini, kedatangan keluarga Shahir ke rumahnya tiada kaitan dengan majlis merisik atau apa-apa yang berkaitan dengan hubungan mereka.

“ Pakaian kami tidak sedondon pun. Tiada masalah mereka datang beraya memandangkan saya dan keluarga Shahir sudah kenal,” katanya.

Ketika diusik mengenai hala tuju hubungan dia dan Shahir, Erra dengan tenang menjawab, mereka masih kekal sebagai kawan.

“ Tiada perkembangan terbaru,” akhiri wanita jelita ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 10 Aug 2022
Hiburan Thu, 7 Jun 2018

「2018 W-Entertechment猎星计划」马来西亚站6强入围名单出炉!

「2018 W-Entertechment猎星计划」初赛——马来西亚站终于圆满结束;经过一轮筛选,6强入围名单终于出炉了!

Featured Wed, 25 Jan 2023
Featured Wed, 24 May 2023