Hiburan By: Ad Ops August 1, 2018 @ 2:56pm

Maria Nafi Menyewa Banglo Beratus Ringgit

Betulkah pengacara dan bekas pembaca berita TV3, Maria Tunku Sabri telah menyewa banglo mewah tujuh tingkat?

Rakaman video yang tular dimedia sosial beberapa hari lepas tentang pengacara ini menyewa rumah banglo berharga RM120k sebulan bagaimanapun telah dinafikan oleh pengacara ini sendiri apabila beliau sendiri mengatakan tidak pernah terfikir untuk menyewa banglo semahal itu.

“Buat apa saya menyewa rumah semata-mata untuk menunjuk kemewahan? Lebih baik saya menyimpan duit yang ada atau pun beli hartanah.

“Sekurang-kurangnya ia boleh saya jadikan aset pada masa hadapan atau wang digunakan membawa keluarga melancong.” Katanya.

Banglo yang didiami sekarang adalah banglo yang  dibina atas inisiatif suami dan ibu mentua sendiri, akui Maria. Malah, pembinaan banglo itu tiada pembabitan hutang langsung.

“Kebetulan ibu mentua mempunyai tanah di kawasan terbabit. Selepas melakukan hibah ia diserahkan kepada suami.

“Rumah dibina atas wang simpanan dikumpul bertahun-tahun. Ia dibina agar kami dekat dengan ibu mentua.” Katanya.

Bagaimanapun, pengacara itu tidak menyangka sama sekali rakaman hiasan dalaman banglo miliknya yang dibuat oleh rakan artis tular seterusnya menjadi isu dikalangan netizen, pada Syawal lalu.

“Saya hairan mengapa kediaman tujuh tingkat itu dijadikan isu sedangkan apa dilakukan adalah untuk kesenangan demi masa depan saya dan sekeluarga.” Jelasnya

Seseorang yang dikenali dengan karakter yang sangat humble ini bagaimanapun,   tidak dapat menghalang tetamu bertandang ke rumah untuk melihat seterusnya merakam hiasan dalaman rumahnya. Meskipun begitu, dia tidak mahu kediamannya menjadi perhatian kerana bimbang dengan keselamatan keluarga, dan masa hadapan.

Rakaman yang tular ini bagaimanapun telah mendapat jumlah tontonan yang agak tinggi iaitu 945,366 sejak ianya viral dilaman Youtube tersebut.
 
Ditulis Oleh : Nik Nur Amira

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 22 Aug 2018

Netizen Anggap Sharifah Sakinah ‘Wakil Rakyat’

Sharifah Sakinah jadi wakil rakyat pula?

Hiburan Mon, 13 Mar 2023
Featured Mon, 10 Oct 2022

Terpaling Juara: Rahmad Mega, Kapten Hael Husaini Bergelar Juara!

Tahniah Rahmat Mega! Otai yang Terpaling Juara!! Alhamdulillah rezeki di hari penuh barakah ini

FESYEN Mon, 17 Jun 2019
Featured Fri, 30 Jul 2021

Pdp Pelajar Asasi, Diploma Bermula Ogos

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam kenyataan memaklumkan, universiti awam (UA) boleh mempertimbang kemasukan pelajar asasi dan diploma ke kampus secara fizikal bermula Oktober depan. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) pelajar baharu program asasi dan diploma

Hiburan Fri, 26 Aug 2022
Hiburan Thu, 7 Nov 2019
Hiburan Fri, 4 Oct 2019

Abby Abadi Kongsi Nama Penuh ‘Baby D’

Umum tahu kisah bayi pramatang pelakon Abby Abadi dan suaminya Faizal Zakaria yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) selepas terpaksa dilahirkan melalui pembedahan, semasa kandungannya baru berusia 6 bulan. Baca: Abby Abadi Selamat Lahirkan

| Live TV