Hiburan By: SGMS Putri August 19, 2019 @ 4:05pm

Mark Adam Benar-benar Menyesal Dan Minta Maaf

Penyanyi dan pelakon, Mark Adam memohon maaf atas keterlanjuran kata selepas didakwa melakukan ‘body shaming’ ke atas pengacara program Big Stage, Sherry Alhadad, semalam.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Mark Adam Official (@markadam1079) on

Mark ketika dihubungi berkata, dia tidak sempat menghabiskan ayat lantas menyebabkan salah faham kalangan netizen.

“Dalam program semalam, saya sebut ‘This opportunity is big, even the host is big’, sepatutnya saya cakap ‘they have big heart and talent’.

“Saya tak salahkan netizen, sebaliknya, salah saya sendiri yang cuai. Ini pengalaman pertama saya berdepan situasi ini,” katanya menganggap ia pengajaran berguna buatnya pada masa depan.

Penyanyi berasal Filipina itu akui berkawan rapat dengan Sherry dan sudah pun menghubungi pengacara itu.

“Dia beritahu tidak terasa hati dengan kata-kata saya tetapi risau dengan kecaman netizen mengganggu saya.

“Saya dah lama berkawan dengan Sherry dan kami selalu bergurau kasar cuma mungkin saya terlepas pandang dari sudut penonton,” katanya.

Sementara itu, dia turut memuat naik video memohon maaf di Instagram miliknya, hari ini.

Dalam video berdurasi lebih 1 minit itu, dia akui kesalahan dilakukan adalah sesuatu yang bodoh dan salah.

“Niat saya bukan nak menghina sesiapa. Saya mohon maaf atas apa yang saya lakukan bukan profesional.

“Saya benar-benar minta maaf dan sangat menyesal,” katanya lagi.

 

Oleh: Guy Masaki

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 13 Dec 2019

Ahmad Dhani Keluar Penjara 28 Disember, Mahu Fokus Jadi Ahli Politik

Ahmad Dhani dilaporkan akan lebih aktif dalam bidang politik berbanding di pentas nyanyian selepas dibebaskan nanti.

Hiburan Fri, 8 Mar 2019

Bapa Angkat Azharina Kini Tenat Di Hospital

Semoga Papa Hamidi diberi kesembuhan segera.Insya Allah…

Hiburan Thu, 28 Dec 2017

SIAPA MR J DALAM HATI JOY REVFA?

Mr J hadiahkan apa tu kat Joy Revfa?

Featured Tue, 13 Sep 2022

Terpaling Juara: Didakwa Sengaja Ubah Lirik Jadi ‘Hiasan Sanggul’, Shaz Akui Gementar Bawa Lagu Siti Nurhaliza

Kalau saya memilih untuk menghentikan persembahan atau berdiam diri, saya akan hancurkan hati sendiri dan kapten – Shaz Terpaling Juara

Hiburan Tue, 22 May 2018

东于哲出道9年首次亮相北京「终于实现了!」

出道九年的东于哲正式进军中国,携新歌《黑白说》亮相北京举办媒体见面会!发布会现场被精心布置成格斗舞台,东于哲全球首唱新歌,充满感染力的音乐唱出了大众的心声,也展现了自己的实力与音乐态度。

Hiburan Sun, 28 Jan 2024
Featured Thu, 13 Apr 2023

Syada Amzah Perjelas Ibu Ke Mahkamah Bukan Untuk Fail Cerai, Kunci Mulut Tujuan Sebenar

Syada Amzah enggan dedah tujuan sebenar ibu ke mahkamah