Hiburan By: SGMS Enal March 7, 2019 @ 2:37pm

‘ Masa Nak Salam, Rupa-Rupanya…’- Netizen Terkejut Imamkan Pelakon Popular Ini!

Sebelum ini, sering kali kita mendengar kisah mengenai pelakon Remy Ishak sering disebut-sebut sebagai calon menantu idaman.

Bukan apa, selain wajahnya yang sedap mata memandang, keperibadiaan sederhana, pelakon filem Pulang ini juga dikatakan menjaga solat.

Buktinya, baru-baru ini ada seorang netizen terjumpa Remy di surau Wangsa Walk ketika menunaikan solat. 

Lebih menarik, kemunculan Remy hanya disedari selepas pelakon itu bersalam dengan makmum yang lain usai solat. 

” Pada mulanya ingatkan Bangla mana yang jadi imam jika dilihat dari belakang, first impression.  Habis time sembahyang masa nak salam rupanya Remy Ishak. 

Sambung lelaki yang menggunakan nama akaun @nrhnafq itu, dia sekali lagi terserempak dengan Remy di tempat letak kereta.

” Saya bukan paparazzi tapi sekadar berkongsi pengalaman berjumpa beliau. Terima kasih,” tulisnya ringkas. 

Fuh, memang betul-betul calon menantu idaman ramai ni. Semoga Allah terus memberkati dan memudahkan urusan seharian Remy! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 16 Jan 2018

打响造势首炮《GoGo旺得福》吸引2千人参与

农历新年的脚步越来越近了,首要媒体集团2018年新春活动和同名贺岁专辑《GoGo旺得福》首炮造势上周末北上到吉打巴东伦武大伯公庙和槟城土库街进行造势,共吸引了2000人前来参与!

Hiburan Fri, 11 Oct 2019

Bukti Suami Romantik, Judika Sanggup Lakukan Hal Ini!

Beruntung Duma dapat suami romantik macam Judika!

Hiburan Tue, 4 Jun 2019

Tak Mahu Jaja Kisah Cinta, Syafiq Kyle Ada Cara Tersendiri

Bukan semua orang nak tahu kisah peribadi kita, saya ada cara sendiri dalam hal ini.

Featured Tue, 22 Nov 2022

“Muka Sama, Kembar Ke?” – Ramai Netizen Anggap Nelissa Nizam & Kakak Kembar Seiras

Pasti ramai yang mengenali akan pelakon Nelissa Nizam yang sering menjadi bualan ramai oleh kerana rupa parasnya seakan-akan mirip pelakon Ayda Jebat. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh kakak Nelissa iaitu Nelissa Elyana

Hiburan Fri, 26 May 2023

| Live TV

error: Content is protected !!