MASDO Tampil Dengan Album Jalan Abbey

Setelah hampir empat tahun semenjak album pertama kumpulan MASDO dilancarkan, kugiran yang membawa muzik bunyian lama yang diberi nafas baru ‘fresh’ ini bakal melancarkan album kedua mereka berjudul JALAN ABBEY.

Album yang begitu istimewa ini seratus-peratus dirakamkan di studio tersohor dunia yang dikenali sebagai Abbey Road Studio. Justeru itu, album ini sangat berkait rapat dari tajuk album sehinggalah ke proses rakamannya.

 

Kugiran Masdo yang dianggotai oleh Ali (vokalis), Asmawi (gitaris), Putu Ceri (bass) dan AM (drum) ini telah diterbangkan ke London pada April 2019 bagi menjalani rakaman album mereka ini.
JALAN ABBEY turut menampilkan AG Coco selaku produser dan Ully Mohamad selaku pembantu jurutera audio. kedua-duanya juga turut membantu dalam pembikinan album ini sehinggalah proses rakaman mengambil masa hanya 13 jam dan mereka berjaya menyiapkan 5 buah lagu untuk album ini.
Selain itu, Kugiran Masdo telah mendapat jemputan khas dari pihak Abbey Road Studio selepas mereka merasa kagum melihat persembahan pembukaan Kugiran Masdo semasa siri jelajah mereka di Kuala Lumpur pada awal tahun 2019.
Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album JALAN ABBEY ini adalah, Nearly Near You, Dewi Puspita, Kasih & Sayang, Janji Manis dan Dia.
Lagu dan lirik adalah hasil karya Ali Sariah kecuali lagu Nearly Near You kerana lagu ini adalah hasil karya bekas penyanyi Bootleg Beatles iaitu Adam. Manakala, proses mixing dan mastering album ini  adalah hasil sentuhan pihak Abbey Road Studio.
Apapun, tahniah sekali lagi Masdo!
Salma Syahbuddin