Featured By: Aqilah Paharuzi July 14, 2022 @ 11:25pm

“Masih Banyak Perlu…” – Nyanyian Casablanca Live Dikritik Sumbang, Ini Respons Nuha Bahrin

Baru-baru ini, heboh di ruangan media sosial mengenai penyanyi baharu, Nuha Bahrin yang menerima tempias serta kecaman netizen gara-gara lagu Casablanca yang dinyanyikan secara langsung bersama Naufal Azrin dikatakan sumbang.

Video tular tersebut memaparkan Nuha dan Naufal sedang mempromosikan lagu duet berkonsepkan Arab di sebuah program hiburan tempatan.

Menyedari namanya menjadi sebutan, Nuha tampil menjawab segala spekulasi dan tohmahan netizen terhadap dirinya.

Menurutnya, sebagai penyanyi baharu dalam industri ini, dia mengakui masih sedang belajar dan banyak perkara yang perlu dibaiki demi mencapai impiannya untuk bergelar anak seni.

“Bagi saya, banyak je yang saya perlu perbaiki, saya sendiri tahu. Saya punya pernafasan dan macam-macam lagi yang saya masih belajar.

“Saya tak akan cakap yang saya dah sempurna, tidak sama sekali. Saya tahu ada banyak benda lagi yang perlu dipelajari dan kalau pendengar rasa nyanyian saya sama je macam dulu, saya faham je sebab memang masih belajar.

“Tapi dalam diri saya, saya tahu nyanyian saya perlu diperbaiki sebab saya tahu apa yang saya mampu buat, apa yang saya tak mampu. Jadi, dari situlah saya banyak belajar,” ujar Nuha.

@danish_amsyar

Hmmm takpelah asalkan versi studio tu not bad🥲 #liveshow #casablanca #duet #fypシ #fyp

♬ CASABLANCA – Nuha Bahrin & Naufal Azrin

Terdahulu, Nuha pernah menjadi bualan netizen apabila nyanyiannya menerusi lagu Kekasih Awal dan Akhir pemilik lagu Datuk Jamal Abdillah dalam program hiburan Vokal Mania TV3 dikatakan ‘merosakkan’ lagu tersebut.

Namun katanya, kritikan dan kecaman yang diterima pada ketika itu membuatkan dirinya terus bangkit hingga mampu sampai ke tahap di mana lagu Casablanca berjaya menjadi siulan orang ramai.

Artikel Berkaitan: Dulu Teruk Kena Kecam, Kini Lagu Trending & Jadi Siulan… Komen Negatif Netizen Buat Nuha Bahrin Bangkit!

Artikel Berkaitan: Ni Casablanca Versi Kelam Kabut Ke? Netizen Kutuk Vokal Nuha… Nyanyi LIVE Tapi Tetap Sumbang!

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 21 Jun 2021

Wujudkan i-Sinar Plus Untuk Bantu Rakyat

Berikutan masalah ekonomi yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dalam keadaan pandemik, kerajaan disarankan mewujudkan  i-Sinar Plus bagi membantu rakyat Menurut Datuk Azhari Shaari, perkara itu perlu susulan ramai  warga  Shah Alam yang memberitahu mereka tiada […]

Featured Wed, 9 Nov 2022

“Motif Saya Nak Cari Jodoh Kat Situ?” – Idris Khan Nafi Main Aplikasi Tinder & Bumble

Pelakon Idris Khan didakwa menggunakan aplikasi dating selepas fotonya tersebar di Bumble. Memetik laporan Boom!, pelakon drama Tuan Danial ini berkata ia bukan pertama kali dia mendapat mesej daripada warganet yang bertanyakan perkara sebegitu.   […]

Hiburan Wed, 14 Sep 2022
Hiburan Thu, 22 Nov 2018

CFU Bongkar Kisah ‘Ditikam’ Rakan Sendiri Dalam Single Ku Takkan Menyerah

Mereka dapat kereta mereka lari, itu yang membuatkan saya betul-betul kecewa…

Hiburan Thu, 6 Sep 2018

Japanese Singer Forgets to Shut Off Live Stream and Reveals Amount of Money Made

Surprisingly, a lot of people are loving her even more after this incident.