Masih Belum Terima Tawaran Gelaran Datuk, Ziana Zain Akui Takut Diri Berubah – “Kalau Dapat Cukup Panggil…”

Penyanyi Ziana Zain memberitahu masih belum menerima sebarang tawaran untuk bergelar Datuk.

Memetik laporan Harian Metro, dia tidak mengharapkan gelaran tersebut namun jika diberi dia menganggap ianya satu bonus.

“Setakat ini, saya tak pernah lagi dapat tawaran untuk gelaran Datuk. Jadi, rasa lucu apabila kawan-kawan hantar mesej ucap tahniah, semalam.

“Pada saya, gelaran Datuk adalah bonus dan pengiktirafan tertinggi yang diberikan atas pencapaian diraih dalam karier.

“Cuma, saya terperanjat apabila bangun tidur semalam, dapat mesej daripada kawan-kawan ucap tahniah.

“Saya terus cakap pada mereka (kawan-kawan) yang mesej, tak ada dapat Datuk pun dan ketawa. Rasa geli hati sangat sebab tiba-tiba dapat ucapan tahniah dari ramai orang,” katanya.

Pada masa sama, dia lebih selesa dipanggil dengan panggilan biasa iaitu Kak Gee kerana lebih dekat dengan teman-teman.

“Cuma kalau dapat (gelaran Datuk) saya tak tahu macam mana, sebab takut juga karakter diri berubah. Tapi, kalau dapat cukup panggil saya dengan nama yang sekarang,” ujarnya.

Menurut pelantun lagu Madah Berhelah itu, dia lebih mengutamakan pendapat untuk menyara anak-anak dan keluarga sekali gus meneruskan hidup sebagai ibu tunggal.

Ziana yang juga ibu empat anak iaitu Muhammad Aiman, 23, Muhammad Ammar, 21, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 14, mengakui membuat pembedahan bariatrik tahun lalu atas faktor kesihatan dirinya.

Maya Basir