Penyanyi dangdut, Baby Shima sering menerima banyak kecaman daripada netizen dengan penampilannya yang seksi dan videonya yang suka menari gelek.
Menerusi perkongsian di Instagramnya, Baby Shima sekali lagi memuat naik videonya sedang menari gelek bersama dua orang lelaki dengan kapsyen seakan-akan sudah dapat menerima segala kecaman dari netizen.
“Baby Shima Still Happy Walau Kena Kecam,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warga maya memberi kata-kata semangat kepada Baby Shima untuk tetap dengan terus berjaya.
“Pedulikan saja yang kaki kecam tu. Tahun 90 dulu, Mas Idayu, Amelina bergelek sakan seksi okay jer. Cuma time Shima ni zaman Socmed, asal tak kacau org sudahlah. Mental kena kuat Shima, bukan mereka yang bagi Shima duit makan.
“Buat pekak je yang kecam-kecam tu, ambil kata-kata yang baik-baik je. Semoga berjaya ya dik.
“Semangat kak. Walaupun dikecam, takpe yg paling penting rezeki lancar dan sihat,” ujar netizen.
laju eh netizen buat kerja
Cantiknya Ayu Ting Ting! Manis je berbaju kurung
Alamak, sampai cari Caprice!
Sajat kata dia dah tilik... 👀
Min yakin, ramai yang suka content yang membuka minda macam ni.
Small fish ni kalau keluar tv kannn eeeee