Hiburan By: SGMS Faida March 21, 2019 @ 1:45pm

Masih Guna Status ‘Pengurus’, Ezlynn Kecewa Dengan Bekas Suami?

Penyanyi terkenal dengan imej berambur kerinting, Ezlynn kecewa dengan tindakan bekas suaminya, Adam yang masih menggunakan status pengurus penyanyi itu walaupun sudah lama tidak berhubung.

Kata Ezlynn ketika ditemui di majlis beramah mesra bersama kanak-kanak syndrom down di Rumah PSDM mengingatkan agar bekas suaminya itu tidak menggunakan nama Ezlynn dalam mana-mana acara lagi selepas ini.

“ Saya terkejut apabila ada pihak memaklumkan kepada saya mengenai hal ini. Saya difahamkan ada acara-acara tertentu yang undangannya dihantar kepada dia tetapi pada hari berkenaan, dia muncul seorang diri.

“ Sepatutnya dia memaklumkan kepada pihak-pihak berkenaan bahawa dia bukan lagi pengurus yang mengatur semua jadual seni saya. Sekurang-kurangnya beritahu sahaja pada mereka tentang status masing-masing,” katanya kecewa.

Ezlynn yang kini bernaung di bawah Warner Music turut memaklumkan agar sebarang undangan persembahan atau hal berkaitan kerja perlu disampaikan kepada syarikat itu.

“ Saya faham selama 11 tahun dia menguruskan kerjaya seni saya, sudah tentu ramai yang sudah biasa menghubunginya.

“ Saya pun sudah lama move on, dah lupakan kisah silam. Cuma saya harap orang ramai yang mahu mengundang saya ke mana-mana persembahan atau mempromosikan produk mereka, boleh hubungi pihak Warner Music terus,” akhirinya.

Ezlynn bercerai dengan Adam Fahmy Shamsuddin pada 23 Oktober 2017 selepas enam tahun berkahwin. Pasangan ini tidak dikurniakan anak sepanjang perkahwinan mereka.

Wartawan: Najmi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 27 Apr 2023
Events Tue, 23 Apr 2019

刘力扬久未来马自嘲粉丝不见了!最想与曹格合作

Jeno刘力扬相隔7年再度来马,以旋风式展开宣传行程,为即将发行的新专辑暖身。

Featured Tue, 1 Nov 2022

[VIDEO] Kesal Sering Terima ‘Tempias’, Kakak Iman Troye Tak Gemar Ada Selebriti Dalam Keluarga Gara-Gara…

Iman ni jiwa dia besar. Dia suka apa dia buat sekarang – Kakak Iman Troye

Featured Tue, 18 Oct 2022
Featured Mon, 3 Apr 2023

Kembali Aktif Berlakon, Mira Filzah Sudah Rancang Anak Kedua

Wahh lepas ni Amir dah ada teman main lah

Featured Tue, 7 Mar 2023

“Sanggup Selam Dalam Tasik Demi Dekati Awak”- Ubah Gaya Rambut, Penampilan Amir Ahnaf Bikin Peminat Cair

Ramai kata tak dapat Nadhir Nasar ganti dengan Amir pun mereka okay!👀

Hiburan Wed, 26 Jul 2023