Masih Timbul Isu Bodyshaming, Isteri Kesal Tindakan Blogger Sengaja Api-Apikan Hubungan Aaron Aziz & Syamsul Yusof

Isteri kepada pelakon  popular, Datuk Aaron Aziz iaitu Datin Diyana Halik meluahkan rasa berang terhadap tindakan satu blogger yang disyaki sengaja mengapi-apikan keadaan antara suaminya bersama pengarah sensasi, Syamsul Yusof.

Berdasarkan perkongsian itu, Diyana memuat naik tangkapan skrin foto disunting oleh blogger tersebut memaparkan wajah ‘bengis’ Syamsul diambil dari filem KL Gangster dan Aaron, sedang menangis.

Dalam foto tersebut, blogger tersebut menulis dialog Syamsul iaitu ‘Wa sudah cakap sama lu tua, lu gemuk, lu tak mau dengar’, manakala Aaron pula berdialog ‘cukup Sol, cukup!’.

Foto itu seakan mempunyai kaitan berhubung isu Aaron yang telah dibuang dari filem Original Gansgter dek fizikal badannya serta video tular menunjukkan aktor berbadan sasa itu diundang mewakili Malaysia ke acara karpet merah dan tayangan perdana filem Extraction 2 berlangsung di Manila.

“Assalamualaikum semua. Nak tanya ada tak recommendation for lawyer?

“Berbulan-bulan suami saya kena bodyshamed. Kirakan baik la juga suami saya selama ini dia tak buat apa-apa, tak saman orang yang insult dia.

“Dia cakap tak apa la doakan saja. Positive vibe.. tapi kali ni aduh.. What is the motive of doing so? Everyone has moved on,” ujarnya.

Sebagai isteri, Diyana tidak sanggup melihat suami tercintanya terus menerima tohmahan dan kritikan lebih-lebih lagi apabila melibatkan fizikal.

“Tiba-tiba nak api-apikan and bodyshame lagi dan lagi. So this time, my husband can’t be opressed anymore.

“I can’t take this bodyshaming no more.

“Something so happy and positive get twisted like this. Goodness. Mendatangkan dosa buat apa ya? Tak faham.

“No posting or anything ok darling (Aaron). I got this,” akhirnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Diyana serta berkata tindakan blogger dianggap keterlaluan.

Aqilah Paharuzi