Featured By: Atiqah Johari December 27, 2022 @ 6:23pm

Masuk Hospital Gara-Gara Paras Diabetes Tinggi, Keadaan Mak Jah Dipantau PKAVM

Pelakon veteran, Maimunah Ahmad atau mesra disapa Mak Jah dikhabarkan dikejarkan ke Hospital Ampang pada Khamis lalu gara-gara paras diabetes yang tinggi.

Memetik laporan Harian Metro, Mak Jah dibawa oleh anaknya ke hospital selepas keadaannya menjadi tidak bermaya menurut Tukiman Radion, Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM).

“Selepas menerima rawatan keadaannya semakin baik berbanding sebelumnya. Bacaan paras diabetes juga dah turun.

“Bagaimanapun, dia masih ditahan di hospital dan belum dibenarkan keluar oleh doktor kerana bacaan paras gula yang turun naik,” ujarnya kepada Harian Metro.

Bukan itu sahaja, Mak Jah juga diberi sumbangan berbentuk kewangan dan sokongan moral oleh Tukiman, Amran Nasarudin (Timbalan Presiden PKAVM), Norlidyawati Shabullah (AJK) dan Chef Yang Jamil (SU) ketika melawatnya di hospital semalam.

“Alhamdulillah, dia dalam keadaan sedar dan boleh berbual dengan kami. PKAVM juga bagi sedikit sumbangan berbentuk kewangan dan sokongan moral.

“Ia perlu supaya dia rasa tenang dan tahu ada yang ambil berat terhadapnya. Semoga dia cepat sembuh. Dia ahli yang aktif dan sering terbabit dengan program anjuran kami,” kata Tukiman.

Malah, Tukiman turut memaklumkan bahawa dia mengikuti perkembangan keadaan Mak Jah dan berkongsi menerusi kumpulan WhatsApp ahli PKAVM.

“Saya beritahu ahli agar mohon Allah sembuhkan Mak Jah. Itu adalah semangat sebagai menghormati senior seperti dia.

“Sebagai presiden, saya memohon jasa baik badan kerajaan dan ahli korporat serta individu yang berkemampuan untuk memberi sumbangan kepada PKAVM.

“Semoga dengan sumbangan terbabit dapatlah kami membantu ahli yang memerlukan bantuan,”ujarnya lagi.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 10 Jul 2019

Lagi Aksi Ghairah Melampau Chef Selebriti, ‘Phone Sex’ Tak Ingat Dunia Okay?!

Tapi benarkah lelaki tersebut adalah orang yang sama? Jangan lupa klik untuk tahu berita sepenuhnya

Hiburan Mon, 29 Jul 2019

Nafi Campur Tangan Orang Ketiga, Zahid Mengaku Kembali Solo

Zahid dan bekas isteri, Sarah sah bercerai pada 18 Julai lalu.

Hiburan Thu, 10 Oct 2019

Mudah! Ikuti Langkah Ini Untuk Tukar Filter Instagram Anda Ke ‘Dark-Mode’

Jom lihat cara-cara untuk tukar Instagram ke Dark-Mode!

Featured Thu, 11 Aug 2022
Hiburan Tue, 15 May 2018

《原制原创大满秀》让“原制原创”与你说「520」

2018年《原制原创大满秀》将于5月19及20日,早上10时至晚上10时在蒲种IOI购物广场(IOI Mall Puchong)South Court盛大举行!

Hiburan Sun, 16 Jun 2019

‘Saya Ada Jemput Dia’- Awi Rafael Bakal Bekerjasama Dengan Bekas Tunang

“Saya sudah lama menerima hakikat bahawa mungkin kami ditakdirkan lebih serasi sebagai sahabat”.

Hiburan Fri, 3 May 2019

‘Saya Tak Boleh Bau Benda Wangi’- Elfira Loy Kongsi Pengalaman Hamil

Tambah Elfira, dia juga berdebar untuk merasai pengalaman pertama berpuasa sebagai wanita hamil.