Hiburan By: Salma Syahbuddin October 15, 2018 @ 11:15am

Masya Masyitah Akui Punyai Kekuatan Vokalnya Tersendiri

Selepas membuat persembahan bersama Sufian Suhaimi di Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-31 (ABPBH31) baru-baru ini, nama beliau semakin dikenali dikalangan peminat-peminatnya. Malah, penyanyi muda ini telahpun menjalin kerjasama bersama beberapa komposer terkenal termasuklah Omar K, Blaine Bakri dan John Jeevasingham.

Bagi Masya, sebagai seorang penyanyi yang masih muda dalam industri, beliau yakin dengan kemantapan vokal yang dimilikinya mampu menaikkan kembali namanya dalam industri seni suara tanah air. 

Sumber : Instagram @masyitah_masya

Malah kenyataannya itu juga turut diakui oleh syarikat naungan beliau, Rocketfuel Entertainment. 

” Mungkin masih ramai lagi yang tidak berapa mengenali Masya tetapi kita di Rocketfuel percaya pada bakat yang ada pada beliau dan kita akan bersama-sama berusaha untuk terus bersama-sama berusaha untuk terus menaikkan Masya.”

” Masya mempunyai kekuatan dalam vokal di tambah lagi beliau fasih dalam menyanyikan lagu bahasa Mandarin sudah semestinya menjadi pakej yang terbaik. Jadi saya berharap agar pencinta muzik akan terus memberikan Masya ruang dan sokongan yang padu.” Kata Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records, Feros.

Tambah Masya lagi, beliau cukup teruja dengan sokongan yang diterima menerusi lagu terbaru beliau berjudul Halimunan yang telahpun ditonton lebih 300k kali di laman Youtube semenjak ianya dilancarkan pada 5 Oktober lalu. 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 29 Oct 2019

Serius Dalam Lakonan, Syafiq Kyle Sanggup Korbankan ‘Identiti’

Makin meletup lah Pelakon TV Lelaki Popular ABPBH ke-32 ni!

Hiburan Wed, 22 Aug 2018

Selepas Wardina, Giliran Ibu Pula Tegur Aliff Syukri

Selain bekas pelakon Spanar Jaya, Wardina Safiyyah, ibu kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, Rozita Ibrahim turut menegur anaknya.

Hiburan Tue, 15 May 2018

Ziana Zain Trauma, Anak-Anak Terpaksa Jalani Rawatan Psikiatri

Tambah Ziana Zain lagi, anak-anak menjadi takut dan enggan makan kerana takut dimaki ketika berada dikhalayak ramai. 

Featured Tue, 20 Dec 2022

Ramai Puji Sikap Aeril Zafrel Tak Suka Lepak & Pulang Rumah Awal – “Bagus Suami Utamakan Family”

Pasangan pelakon Aeril Zafrel dan isterinya, Wawa Zainal sering melayan karenah peminat ketika bersiaran langsung di TikTok. Baru-baru ini, menerusi perkongsian yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna TikTok, Aeril menjawab persoalan pengikut yang mahukan

Featured Sat, 17 Dec 2022

‘Sejuta Maaf’ Buah Tangan Baharu Liza Hanim

Penyanyi Liza Hanim kembali menggegarkan industri muzik tanah air dengan single terbaharu berjudul ‘Sejuta Maaf’. Lagu ini menceritakan tentang luahan suara hati seseorang yang ingin memohon berjuta kemaafan namun berhadapan dengan pelbagai halangan sehingga menyebabkan

Hiburan Tue, 29 Oct 2019

Izzmad Harun Tak Kisah Digelar ‘Wajah Charity’

Busking Permata Kasih Untukmu bakal diadakan pada 7 Disember ini bertempat di BMC Mall, Cheras bagi memungut dana membantu adik Akif yang menghidap kanser Leukimia.

Events Tue, 7 Jan 2020

| Live TV