Hiburan By: Del14 October 16, 2019 @ 11:55am

Masya Tampil Beri Penjelasan Tentang Gambar ‘Edit’ Pinggul

Ditertawakan netizen gara-gara menyunting foto yang telah dimuat naik di Instagram baru-baru ini, penyanyi lagu Halimunan, Masya Masyitah (19) terpanggil untuk menjelaskan kepada peminat tentang apa yang sebenarnya berlaku. 

Masya atau nama penuhnya Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff terkejut apabila foto yang dikira sudah lama dimuat naik tiba-tiba tular kerana selama ini tidak pernah ada yang komen. 

“Hai semua…Okay semalam tetiba ada orang viralkan gambar yang agak lama dah Masya post dan masa tu tak ada sorang pun comment pasal edit punkoq (punggung) ke apa semua ni..

“Bila semalam tiba-tiba viral..Masya pun terkejut.. Lepas tu Masya tengok balik. Ha’ah la..Memang edit..” tulisnya. 

Namun, menurut Masya lagi ia bukanlah untuk membuatkan punggungnya nampak besar atau untuk kelihatan lebih seksi tetapi kerana di dalam gambar asal, pakaiannya kelihatan berkedut dan berketak-ketak di bahagian pinggul. 

“Masya mengaku memang Masya edit (sunting)..tapi bukan untuk tayang saya ada pungkoq besaq ke apa sebab Masya jenis tak suka pungkoq besaq..

“Tengok gambar first ni..Ini yang original..Kenapa Masya edit? Masya edit sebab tu tengok kat bahagian peha tu jadi bukit-bukit..Tak tau pasal apa..Mungkin Masya tak betulkan seluaq sebelum pose tu..Jadi dia jadi berketak-ketak kat situ sikit..

“Jadi saya mengaku lah salah saya sebab saya edit..tapi hanya untuk meluruskan balik bahagian ketak tu..Tak sangka la sampai wall tu pun tertarik sekali..” jelas Masya lagi.

Di dalam entri instagram tersebut yang kini telah pun dipadam oleh Masya, penyanyi ini telah memuat naik kedua-dua foto asal dan yang telah disunting untuk menunjukkan apa yang sebenarnya di maksudkannya. 

Gambar sebelum disunting – IG Masya

Gambar selepas disunting – IG Masya

Juara Ceria Popstar tahun 2014 itu juga dengan nada sinis mengucapkan terima kasih kepada individu yang menularkan fotonya itu di laman twitter untuk dijadikan ‘bahan’ lawak dan kutukan netizen yang lain. 

[email protected] terima kasih viralkan saya kat twitter dan jadikan gambar saya sebagai bahan lawak untuk korang..tak sangka lah awak ni memang stalk habis-habis pasal saya.. Minat bebenor ek?  Hahahah.. @yuraarose kalau tak puas hati lai DM.

“Yang memaki saya macam-macam tu.. Maki je la.. Kalau itu yang buat korang gembira, I okay.. Itu saya penerangan saya pada hari ini..Macehhh,” sambung Maya. 

Nasib baik, Masya dikira matang dalam mengatasi isu ini.  Bila buat salah, minta maaf je terus. Semoga penjelasan dari tuan punya badan memuaskan hati semua pihak.  Netizen pun mesti ramai yang sunting gambar sendiri sebelum muat naik dalam media sosial betul tak??

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 14 Jan 2020

Baggio Pertaruhkan ‘Laduni Cinta’

Baggio atau nama sebenarnya Bahagia bin Daharun merupakan penyanyi utama kumpulan Damasutra yang begitu popular pada suatu ketika dahulu dengan lagu ‘Umpama Mimpi Dalam Mimpi’. Baggio yang sudah 30 tahun berada di dalam industri muzik,

Featured Thu, 8 Sep 2022

Digelar Munafik Gara-Gara ‘Senyap’ Isu Konsert Artis Indonesia Ke Malaysia, PU Syed Tetap Dengan Pendirian Mahu Cegah Maksiat!

Mana yang baik kita ambil, jangan sampai kita jadi manusi tidak beradab, ilmu pun tak cukup banyak lagi dek oiii…👀

Hiburan Thu, 23 May 2019

Aman Aziz Teringin Jadi Hero Tapi…

Teringin juga kalau boleh tapi ramai kata wajah kurang sesuai sebab nampak ‘baby face’,

Cahaya Mata Wed, 1 Mar 2023
Events Sat, 20 Oct 2018

Learn Some Basic Barista Skills for FREE This Weekend

It’ll be an aromatic way to spend the weekend.

Featured Thu, 12 Jan 2023

“Saya Akan Tunggu Restu Mama & Ayah, Tak Mudah Lihat Tangisan Di Kaca TV” – Syamsul Yusof

Ia tak mudah, tapi saya akan mencuba sedaya-upaya untuk memujuk semula hati ayah dan mama – SY. Semoga dipermudah segalanya 🥲

Hiburan Tue, 21 Nov 2017

UQASHA POST GAMBAR EDIT, MOTIF?

Uqasha sekali lagi dikecam kerana dikatakan telah mengedit gambarnya sebelum memuat naik di laman instagram beliau.

| Live TV