Maya Karin Muat Naik Video Letak Lagu ‘Ku Seru’, Ramai Teringat Filem Pontianak Harum Sundal Malam – “Time Kecil Takut Sangat Sampai Susah Tidur”

Siapa sahaja tidak mengenali aktres jelita Maya Karin yang popular menerusi beberapa karya-karya filem hebat tanah air.

Terbaharu, nama Maya menjadi perhatian apabila memuat naik perkongsian di TikTok.

Namun, apa yang mencuri tumpuan adalah video tersebut memaparkan Maya yang manis berselendang batik di tepi sungai.

Lebih menarik, video tersebut turut menggunakan lagu latar berjudul Ku Seru nyanyian Misha Omar.

Untuk info, lagu Ku Seru merupakan runut bunyi filem Pontianak Harum Sundal Malam 2 yang dilakonkan Maya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut dengan mengimbau kembali filem seram epik tersebut.

Ramai yang terkenangkan watak Meriam yang dibawa Maya dalam filem tersebut sehingga membuatkan penonton berasa seram.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut meraih lebih 565,000 tontonan dan 58,000 tanda suka.

Khairil Khusyairi