Maya Karin Syukur Tak ‘Panic Attack’ Ketika Sampaikan Anugerah Di Atas Pentas – “Tak Ada Rasa Menggigil & Nak Pengsan”

Aktres jelita, Maya Karin meluahkan rasa syukur apabila tiada perkara tidak diingini berlaku ketika menjadi penyampai anugerah di sebuah anugerah, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke lega apabila dapat menjalankan tugas tersebut dengan lancar di atas pentas.

“Alhamdulillah. Thank God semalam semua berjalan lancar kat Anugerah Gempak.

“Tak ada rasa nak menggigil, nak pengsan ke apa. Tak ada juga nak buka kasut dan sebagainya.

“Walaupun sebenarnya saya terlajak tidur sebab penat sangat. Dari Singapura terus ke Putrajaya. Tapi semuanya berjalan lancar,” tulisnya ringkas.

Dalam perkongsian tersebut, pelakon filem epik Pontianak Harum Sundal Malam itu turut berkongsi momen dia menyampaikan anugerah bersama rakan selebriti, Rozita Che Wan.

Pada 2022, Maya Karin mendedahkan dirinya diserang ‘panic attack’ ketika ingin menyampaikan anugerah di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM).

Lebih parah, Maya kelihatan menggigil dan hampir pitam sewaktu membacakan skrip serta memaut pada bahu aktor, Faizal Hussein untuk membuka kasutnya bagi memastikan dirinya tidak rebah.

ARTIKEL BERKAITAN: Diserang ‘Panic Attack’ Di FFM32, Maya Karin Berterima Kasih Dengan Faizal Hussein – “My Hero Last Night”

ARTIKEL BERKAITAN: Maya Karin Sedang Kenal Hati Jejaka Kacukan Perancis? – “Saya Bertuah Dapat…”

Khairil Khusyairi