Sebelum ini, timbul ura-ura mengatakan bahawa siapakah yang bakal dan layak menggantikan tempat Awal Ashaari dan AG sebagai host program rancangan popular di TV3 itu. Dan, semua persoalan tersebut telah pun terjawab apabila Pengurus Besar Kumpulan Jenama dan Rancangan TV3 dan TV9, Zurina Othman mengatakan, gandingan  Janna dan Ajak  mampu menarik lagi jumlah penonton muda lebih-lebih lagi nama Janna Nick kian meningkat  popular pada ketika ini.

“Bukan mudah bagi kami untuk menentukan barisan pengacara baru Melodi yang sudah menjadi jenama kukuh dalam hati penonton untuk memastikan Melodi sentiasa mendapat sentuhan baharu dengan perkembangan trend terkini. Kami yakin Janna Nick yang namanya semakin melonjak naik mampu menarik lebih ramai penonton muda. Manakala Ajak pula mempunyai potensi dalam bidang pengacaraan dan kami enggan melepaskan peluang keemasan ini untuk bekerjasama dengan selebriti yang versatil ini.”

Pengacara Baru Melodi 2018, Janna Nick

Ajak bakal bergandingan bersama Janna Nick dalam Melodi 2018

Justeru itu, mereka merupakan calon yang paling sesuai untuk menjadi host program Melodi yang akan bermula pada Ahad ini.

Melodi juga akan bersiaran pada hari dan masa yang sama iaitu, pada pukul 12.00 hingga 1.30 tengah hari dan akan menampilkan tiga segmen baru iaitu Cerita Sini, Habis Sini, Kecoh Netizen dan Melodi Prihatin untuk kekal lebih trendy. 

Salma Syahbuddin