Hiburan By: SGMS Putri January 15, 2018 @ 2:49pm

Memang Jarang Jumpa Tapi Hubungan Masih Baik

Tak sabar rasanya nak tengok pasangan selebriti Sufian Suhaimi dan Elfira naik pelamin tahun ni! Tapi baru-baru ni ada khabar mengatakan hubungan mereka kini dilanda badai. Betul ke ni? Pelantun lagu Terasa Ada ini bagaimanapun mengakui berdepan masalah komunikasi dengan pelakon wanita itu disebabkan masing-masing jarang bertemu.

“Hubungan kami baik-baik saja. Cuma saya akui kami memang jarang bertemu disebabkan sibuk dengan komitmen kerja, selain mengikut pesanan orang tua supaya tidak kerap berjumpa. Apabila lama tak jumpa, barulah perasaan rindu makin menebal. Walaupun sibuk, masing-masing tetap berhubung menerusi telefon,” katanya kepada BH Online.

Pasangan selebriti ini mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober lalu selepas lapan bulan berkenalan. Mereka dijangka melangsungkan perkahwinan pada Mac depan tetapi perkara itu belum diputuskan.

“Keputusan mengenai majlis perkahwinan bukan terletak di tangan kami berdua, tetapi turut membabitkan keluarga kedua-dua belah pihak. Kami tidak boleh mementingkan diri sendiri semata-mata. Apapun, kami akan berkahwin pada tahun ini juga,” katanya.

Terdahulu, Elfira dalam temubual bersama media sebelum ini memberitahu, pertunangannya dengan Sufian berdepan dugaan. Katanya, dugaan itu bukannya datang daripada mereka, sebaliknya orang sekeliling.

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 27 Dec 2018

‘Terima Kasih Suami’, Mawar Rashid Syukur Hajat Akhirnya Tertunai

Ini menjadi salah satu kenangan terbaik dan tidak dapat saya lupakan…

Hiburan Sat, 18 Jan 2020

Elly Mazlein Akhirnya Dedah Wajah ‘Papa Awan Nano’ Di Majlis Berinai

Tak sabar nak tunggu hari pernikahan Kak Lina Pom Pom malam ni!

Hiburan Wed, 21 Feb 2024
Hiburan Mon, 29 Jul 2019
Hiburan Tue, 22 Oct 2019

Ibarat Keluarga…Repvblik Kongsi Tips Kekal Bertahan

12 tahun kekal bersama, apa rahsianya?

Hiburan Tue, 25 Jul 2023
Hiburan Wed, 5 Apr 2023
Hiburan Thu, 5 Dec 2019

Penyanyi 80an, Nassier Wahab Meninggal Dunia

Innalillahwainnailaihi roji’un…