window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({article:'auto'}); ! (e, f, u, i) { if (!document.getElementById(i)){ e.async = 1; e.src = u; e.id = i; f.parentNode.insertBefore(e, f); } }(document.createElement('script'), document.getElementsByTagName('script')[0], '//cdn.taboola.com/libtrc/revasiaberhad-xtra/loader.js', 'tb_loader_script'); if(window.performance && typeof window.performance.mark == '') {window.performance.mark('tbl_ic');}

Menari Di TikTok, Kasih Iris Leona Dikecam Gara-Gara Pakaian Ketat

Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona sekali lagi mendapat perhatian wargamaya selepas memuat naik video tarian dengan mengenakan pakaian sukan berwarna hitam di akaun TikTok rasminya baru-baru ini.

Menerusi video berdurasi 15 saat itu, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu dihujani dengan komen-komen wargamaya yang menyatakan perasaan kurang senang mereka kerana Leona mengenakan pakaian yang terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk alat sulitnya.

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, ramai yang pening kepala melihat cara pemakaiannya yang semakin terdedah di media sosial.

Malah, ada segelintir wargamaya yang mengambil kesempatan dengan meninggalkan komen-komen yang berbaur lucah kepada gadis itu.

Bukan itu sahaja, ada juga yang menyamakan Leona dengan penyanyi dangdut kontroversi, Baby Shima.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih sebanyak 2 juta tontonan dan lebih 95,000 tanda suka di platform TikTok.

Terdahulu, Leona didakwa mempunyai skandal dengan suami orang dan mengikis wang individu tersebut sebanyak RM3,000 setiap bulan.

Atiqah Johari

window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({flush: true}); document.getElementById('div-gpt-ad-1507605001636-1-mobile').remove(); var z = document.createElement('div'); z.innerHTML = ``; document.getElementsByClassName("acss9e872")[0].appendChild(z);