Hiburan By: SGMS Fas August 9, 2019 @ 11:59am

Mengaku Silap…Janna Nick Mohon Maaf!

Gara-gara memakai pakaian ketat di sebuah sesi motivasi baru-baru ini, imej pelakon Janna Nick terus diperkatakan netizen.

Namun begitu, pelakon Cari Aku Di Syurga ini tidak terus melatah malah memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan.

“Saya mohon maaf kerana kurang peka dengan penampilan pada hari kejadian.

“Saya tidak salahkan netizen atas teguran dan mengambil kesemua maklum balas tersebut sebagai sesuatu yang positif,” katanya yang memohon maaf.

Tambah Janna, dia turut berterima kasih dengan netizen atas teguran kerana salahnya tidak peka dalam pemilihan pakaian pada hari itu.

“Saya ambil positif semuanya dan selepas ini saya akan perbaiki pemakaian supaya bersesuaian dengan acara,” katanya.

Jelas Janna lagi, dia diundang sebuah majalah gaya hidup dan fesyen untuk memberikan ceramah motivasi yang diadakan di sebuah lokasi umum, Ahad lalu.

Sebilangan besar netizen menganggap jeans yang disarung Janna terlalu ketat dan tidak sesuai dengan majlis ilmu.

Dalam perkembangan lain, Janna bakal membintangi teater ‘Malayu-Pawana Isabella’  pada 21-31 Ogos di Panggung Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 13 May 2019

Percutian Mewah Zahiril Adzim Dan Shera Aiyob Di Perth, Australia Confirm Buat Korang Jealous!

Wah! bestnya tengok Zahiril Adzim sekeluarga bercuti di Perth, Australia

Hiburan Thu, 5 Jul 2018

Perginya Anak Syurga, Amy Search Reda…

Al- Fatihah… Salam takziah buat seluruh keluarga penyanyi Amy Search atas pemergian anak syurga ini. Semoga diberi kekuatan atas ujian ini.

Featured Thu, 1 Sep 2022
Hiburan Thu, 28 Feb 2019

Terpalit Cinta Lokasi, Aliff Aziz Mohon Maaf Kepada Isteri

Adakah Bella Astilah sedia menerima semula Aliff selepas episod kecewa kali kedua ini?

Hiburan Wed, 20 Feb 2019
Featured Fri, 15 Jul 2022
Hiburan Mon, 15 Jul 2019

Fizz Fairuz Tolak Pelakon Baharu?

Betul ke ni Datuk tiada ‘rasa’?