Featured By: Salma Syahbuddin May 13, 2022 @ 7:00pm

“Menggelupur B*j** Beruk Yang Baru Dapat Motor Tu…” – Terlibat Kemalangan Jalan Raya Kali Kedua, Ini Pesanan ‘Makan Dalam’ Azhan Rani

Ini bukanlah kali pertama pelakon, Azhan Rani terlibat kemalangan jalan raya, namun kali ini beliau berang dengan tindakan pengguna motosikal yang dipercayai menunggang secara berbahaya.

Menurut pelakon drama rantaian popular Nur ini, individu berkenaan seolah-oleh tidak menghiraukan keadaan jalan raya yang sedang sesak kerana memandu dengan kelajuan yang tidak sepatutnya.

Malah, individu itu sempat menggunakan alasan yang tidak logik demi menutup kesalahan sendiri.

“Kepada yang menggelupur b*j** orang pakai motor kau pun nak pakai motor meh aku nak bagitau. Tak kisah la berapa mahal pun motor kau, berapa ribu cc pun enjin kau, berapa nipis block kau dah korek, kau dah pasang sayap kapal terbang ke kat motor kau.. aku nak bagitau bawa motor jangan macam beruk.

“Kau nak layan speed ke corner ke, bukan dekat jalan jam macam ni hanat. Kau cucuk-cucuk orang pastu kau cakap kau tak sempat break. Jadahnya… kau laju-laju tengah jalan jam ni kau dah kenapa? Orang nak pilih kau wakil Malaysia masuk grand prix ke? Tak adanya setan,” tulisnya.

Perkara itu dikongsi Azhan menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Tegasnya, tindakan menunggang motor dengan cara tidak beradab bukan sahaja boleh mendatangkan mudarat kepada orang lain tetapi diri sendiri.

Justeru itu, beliau mengingatkan kepada semua penunggang motosikal tidak kira jenis motor apa yang digunakan agar menunggang secara berhemah terutamanya ketika keadaan jalan raya mengalami kesesakan.

“Kau dah tergolek dah masuk besi bagai seumur hidup kau akan tau azabnya. Itu pun nasib ada peluang hidup.

“Kepada beruk-beruk baru dapat motor tu, tolong la ubah perangai ride korang. Ye, kau lah rider terpaling hebat. Tapi pergi la main kat litar, bukan kat jalan jam ni. Cukup-cukup la aku jadi mangsa bongok orang lain,” jelasnya.

Terdahulu, Azhan pernah terlibat kemalangan jalan raya sehingga menyebabkan tulang belikatnya pecah manakala tulang bahu dan rusuknya mengalami keretakan teruk.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 20 Aug 2021
Hiburan Mon, 21 Jan 2019

Status Twitter Beri Bayangan Ariana Grande Masih Belum Move On?

Orang perempuan ni selalunya memang setia sampai akhir hayat, korang setuju tak?

Hiburan Mon, 5 Nov 2018

Bekas Isteri Ahmad Dhani Bernikah Dengan Ahli Perniagaan Terkenal Indonesia

Bukan itu saja, ayahanda kesayangan Maia, Harjono Sigit turut kelihatan sebak di majlis pernikahan tempoh hari.

Hiburan Mon, 25 Jun 2018

李幸倪红馆首开唱「音乐世家」携家人组Band合唱

一连两场的李幸倪《First Of All Live》上周六在香港红馆正式举行;迎来人生首个红馆秀的李幸倪,以fit爆状态登场,同时也邀请了父母、姐姐和姐夫组Band合唱,第一次全家人同台演出!

familuv Fri, 8 May 2020