Featured By: Maya Basir September 19, 2022 @ 3:44pm

Menguji Kekentalan Jiwa, Generasi Z Kembali Dengan Musim Kedua!

Program realiti kanak-kanak, Generasi Z kembali dengan musim kedua dengan lebih menguji kecerdasan minda, fizikal dan kekentalan jiwa yang sudah ditayangkan setiap Ahad, jam 7 malam di TV3.

Program selama 10 episod itu masih mengekalkan hos yang sama, Kapten Harris Alif bersama lapan Wira Z menyelesaikan pelbagai cabaran yang pastinya meninggalkan impak positif buat para peserta.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima, Puan Nini Yusof berkata program ini merupakan kolaborasi kedua TV3 bersama Scott’s dalam mengetengahkan program realiti kanak-kanak.

“Program ini adalah untuk membina jati diri, memupuk semangat setiakawan dan sikap bertanggungjawab,” katanya.

Scott’s Gummies dan Multivitamin merupakan penaja eksklusif program ini dan boleh distrim secara langsung menerusi www.xtra.com.my.

Menurut hos Generasi Z, Kapten Harris Alif menyatakan kelainan untuk musim kedua ini adalah para peserta yang mempunyai pemikiran dan tingkah laku yang lebih matang berbanding peserta musim pertama.

“Mereka (peserta) macam orang dewasa dari segi pemikiran dan perangai jadi susah nak mencungkil perangai comel budak-budak mereka.

“Namun dengan cabaran-cabaran yang telah disediakan dapat menunjukkan karakter sebenar mereka,” ujarnya semasa ditemui di majlis pelancaran perisa baru Scott’s Gummies with Multivitamin yang bekerjasama dengan Watsons di Pavillion, Bukit Jalil pada Khamis lalu.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan, Media Prima Berhad, Datuk Michael Chan, Pengurus Besar Kanan, Kandungan & Pasaran Kreatif Rangkaian Televisyen Media Prima, Farah Shamsudin dan Pengarah Pemasaran Haleon Malaysia, Singapura dan Brunei, Satadru Bagchi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 24 Aug 2018
Hiburan Sat, 21 Dec 2019

Ingatkan Keracunan Makanan, Rupanya Ardell…

Bakal bawa ‘penumpang’ ke misi kemanusiaan!

Hiburan Wed, 17 Apr 2019

汇集「金视奖」精英!时代剧《守百年之约》513隆重启播

时代剧《守百年之约》一部汇集了历届「金视奖」精英的重头巨作!

Featured Fri, 17 Sep 2021
Hiburan Thu, 21 Feb 2019

Enggan Promosi Drama Dia Menantu Rahsia, Ashraf Muslim Buka Mulut

Pelakon Ashraf Muslim memaklumkan dia tidak pasti sama ada isu yang mengaitkan namanya dengan pelakon yang tidak mempromosikan drama sendiri merupakan sebuah gimik atau sebaliknya. Katanya ketika ditemui di sidang media Drama Festival Kuala Lumpur

Hiburan Thu, 15 Mar 2018

权玄彬爆退出「JBJ宣布解散」4月终止活动

韩国男子团体JBJ由选秀节目《PRODUCE 101》第二季成员组合而成;外界原本传他们打算续约延长活动时间,怎料,14日下午权玄彬宣布离开,团体JBJ也确定「活动只到4月终止」,限定团体即将解散。

Featured Fri, 3 Apr 2020

| Live TV