Hiburan By: Maya Basir August 10, 2022 @ 12:22pm

Mengusung Rindu Versi Tajul, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan & Zack Zackwan Daki Puncak Carta Trending YouTube… Netizen Meremang Dengar Susunan Orkestra!

Empat artis lelaki muda, Tajul, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan dan Zack Zakwan tampil dengan versi rakaman semula lagu ‘berhantu’, Mengusung Rindu yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Achik dan kumpulan Spin.

Apa yang menariknya, empat gabungan vokal penyanyi lelaki hebat melalui lagu Mengusung Rindu itu dirakamkan dalam versi orkestra.

Menurut Haqiem, dia amat teruja untuk mencuba perkara baru dan bekerjasama dengan penyanyi yang lain.

“Saya suka mencuba sesuatu yang baru, eksperimentasi yang di lakukan di dalam lagu ini membuat kan saya sangat teruja.

“Tambahan pula apabila melibatkan gabungan empat vokal penyanyi lelaki yang masing masing mempunyai karakter suara yang berbeza,” kata Haqiem.

Pada masa sama, ini merupakan single ketiga buat Afieq untuk menyanyikan lagu versi rakaman semula dan teruja dapat bergandingan bersama Haqiem.

“Sebelum ini saya sampaikan Layu Dihujung Mekar secara solo dan Malam Semakin Dingin berduet dengan Tajul sahaja, tetapi kali ini melibatkan gabungan yang luar biasa.

“Saya rasa teruja bila dapat tahu Haqiem mahu terlibat sama di dalam Mengusung Rindu versi 2022 ini,” kata Afieq.

Adik kepada Allahyarham Achik, Tajul meluahkan rasa bangga kerana rakan duet yang lain sudi menyanyikan semula lagu arwah abangnya.

“Terima kasih Haqiem, Afieq dan Zack kerana mewarnai Mengusung Rindu ini dengan cara kalian tersendiri,” kata Tajul.

Sebagai pendatang baru tentunya Zack orang yang paling teruja diberi peluang untuk bergabung dengan penyanyi-penyanyi hebat.

“Awalnya saya rasa terlalu kerdil untuk berasa sepentas bersama Haqiem Rusli, Afieq dan Tajul. Tetapi setelah proses rakaman dan muzik video siap, saya rasa lebih yakin kerana semangat dan kerjasama serta galakan yang mereka bertiga berikan pada saya membuat saya jadi kuat dan keyakinan saya bertambah,” kata Zack.

Mula ditayangkan di YouTube pada 28 Julai, jumlah tontonan Mengusung Rindu telah mencecah lebih 1.8 juta penonton serta menerima ‘feedback’ yang sangat menggalakkkan.

Lagu tersebut kini berada di kedudukan #2 carta trending YouTube.

Di ruangan komen, ada antara netizen yang ‘meremang’ mendengar susunan orkestra yang diberikan kepada lagu terbabit.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 16 Apr 2019

Doa Hari Jadi Ke 35, Zizan Serius Cari Bakal Isteri

Selamat Hari Jadi Zizan! Dah boleh dah tu…

Hiburan Thu, 5 Apr 2018

杨丞琳9年前后对比照惊呆网!

杨丞琳出道2000年以女团「4 in love」出道,现年33岁的她,仍保持少女般稚嫩外貌,近来她晒出9年前后的对比照,连自己看了都忍不住惊呼:「我真的很冻龄,My god!」

Trending Tue, 6 Aug 2019

‘Makan Pedas Sampai Meletop’- Cabaran PEDASSS Chick Yun Challenge Myeondong Topokki

Cabaran pedasss chick yun boleh buat perut korang meletop!

Hiburan Sun, 13 Oct 2019
Hiburan Fri, 12 Jul 2019

Ezlynn Kenal Hati Budi Bangsa Jejaka

Semoga berjaya Ezlynn

Featured Wed, 7 Jul 2021

Sistem Kesihatan Di 4 Negeri Ini Akan Lumpuh Jika…

Empat negeri masih menunjukkan peningkatan kes harian baharu melebihi kapasiti maksimum hospital di negeri tersebut iaitu lebih 38 kes baharu harian bagi setiap negeri. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata empat

| Live TV