Hiburan By: Del14 November 18, 2019 @ 12:41pm

Mentor Black Hanifah Mengaku Kecewa Apabila…

Bingung dengan keputusan malam tadi, Black walau bagaimanapun menerima keputusan pengundi dan juri tetap dengan hati terbuka.

Namun demikian, Black tidak dapat membendung rasa kecewanya apabila kedua-dua protegenya berada di dalam ‘bottom two‘ dalam program Mentor Milenia 2019 malam semalam. 

Merasakan kedua-dua protegenya Bulan dan Aedy Kama telah melakukan yang terbaik di dalam persembahan mereka malam tadi, Black meluahkan rasa terkilan kerana persembahan mereka gagal mendapat perhatian juri dan penonton di rumah apabila mereka tidak berada di kedudukan yang selamat dalam minggu ke-6 Mentor Milenia 2019.

“Saya dah tiga tahun berada dalam Mentor. Mentor Milenia adalah program realiti hiburan yang inginkan benda yang baharu. Itu yang saya cuba ketengahkan dengan susunan muzik yang lain daripada yang lain, sesuatu yang ‘fresh‘ (segar). 

“Bulan dan Aedy Kama dah lakukan yang terbaik sekali. Saya tak pasti apa yang juri dan penonton cari atau pandang dari segi apa sehingga mereka berada di tangga tercorot dua di bawah,” luah Black apabila ditemui semalam selepas protegenya Bulan tersingkir.

Bukan seorang yang tidak berani mengambil risiko, Black berkata dia telah menyerahkan segala jiwa dan raganya untuk membawa kelainan di dalam pertandingan ini dengan mengubah semula rentak lagu ‘Iman Adalah Mutiara’ sebuah lagu nasyid yang dipopularkan oleh kumpulan Raihan dengan memasukkan elemen ‘beatbox‘ di dalam versi yang dinyanyikan Bulan.

Tambah Black, dia menyifatkan penyingkiran protegenya, Bulan sebagai kehilangan besar di pentas Mentor Milenia. 

“Bulan mempunyai bakat yang besar dan suara yang unik. Kalau kita pejam mata dan dengar dia menyanyi, kita akan tau itu adalah Bulan.

“Saya terkejut apabila kedua-dua protege saya terpaksa bersaing di dalam ‘bottom two’. Kalau nak benci saya, bencilah..tapi jangan benci protege-protege saya.

“Biarlah pilih yang berkualiti, dan bukan kuantiti kerana saya tau undian penonton juga memainkan peranan yang besar dalam pemilihan pemenang dan siapa yang akan tersingkir,” kata Black lagi. 

Walau bagaimanapun, pelantun lagu Sofea Jane ini berharap karier Bulan di dalam bidang muzik akan berkembang selepas dia keluar dari Mentor Milenia dan akan menjadi batu loncatan untuknya berjaya sebagai seorang penyanyi yang disegani. 

Kredit Foto: Zek & Instagram @black.hanifah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 4 Aug 2018

Wohoo, Blues Gang Buat Comeback September Depan!

Kali ini kami muncul berlima sahaja memandangkan salah seorang daripada anggota Blue Gang, Jim Mandasamay meninggal dunia April lalu.

Hiburan Tue, 19 Dec 2017

8 REASONS WHY WE WILL ABSOLUTELY MISS JONGHYUN

Kim Jonghyun of SHINee passed away on December 18, 2017 after apparent suicide. We will miss him terribly.

Selebriti Tue, 7 Nov 2023
Featured Tue, 14 Feb 2023

Kesal Netizen Hambur Kata-Kata Tak Senonoh Kepada Isteri & Arwah Ibu, Jiran Dakwa Ali Puteh Ada Niat Buruk – “Dia Nak Rumah Tu”

Alamak, betul ke ni? Tapi kot ye pun, janganlah sampai menghina orang yang dah tiada 😭😭😭

Hiburan Tue, 1 Oct 2019
Hiburan Mon, 7 May 2018

Erwin Dawson Hidap Kanser?

Baginya, bukan keputusan mudah untuk pelakon kelahiran Singapura ini untuk membotakkan kepalanya kerana hatinya turut berbelah bahagi

Hiburan Mon, 6 Nov 2023
Hiburan Fri, 22 Mar 2019

Eyka Farhana Tak Suka Tinggal Di Negara Sejuk?

Kenapa agaknya Eyka suka ke negara bercuaca panas?